29 November 2005

Malaysia

Suasana di situ amat meriah. Aku melihat perpaduan Malaysia di situ.

Sesekali mereka yang berada di situ bergelak ketawa. Pelbagai bangsa. Cina, India, Melayu dan Orang Peribumi bersatu di situ.

Alangkah bahagianya kalau mereka boleh bersatu dalam mentadbir negeri ini, menyokong usaha-usaha sesuatu kaum untuk melakukan program di TV dan tiada lagi artis Cina, artis India atau artis Melayu.

Bukan sahaja pelbagai kaum – Cina, India dan Melayu – malahan di situ juga melibat lelaki dan perempuan.

Ada juga yang memakai tudung – aku takrifkan tahu agama – menunggu di luar. Menanti di dalam kereta sementara sang suaminya melihat untung nasibnya.

Mereka bergelak ketawa menceritakan atau dicerita tentang nasib masing-masing. Naikkah atau tidak? Hanya Tuhan yang tahu.

Banyak kali juga aku terdengar akan suara-suara yang kecewa. Nyata ada sesuatu yang mengecewakan mereka.

Sekali lagi mereka yang kecewa aku lihat terdiri daripada pelbagai bangsa. Mereka kecewa di saat orang lain mengaut keuntungan – juga pelbagai bangsa. Bukan sedikit jumlah keuntungan yang berjaya dikaut.

Di situ, di kedai itu, aku lihat negaraku yang tercinta Malaysia.

22 November 2005

Titik hujan

Air dari atas, turun. Hujan. Agak lebat.

Di celah-celah titisan itu, terlihat satu bentuk anak gadis muda belasan tahun di basahi hujan. Menampakkan satu bentuk yang menarik. Dia berlari-lari anak menuju ke keretanya.

Tidak jauh di belakangnya, ada orang tua. Berdua. Seorang lelaki mungkin sudah mencapai usia 60 an. Dan seorang perempuan yang hampir mencecah 50 an. Mungkin ibu bapanya. Tidak aku tanya pula apakah pertalian di antara mereka.

Tangan kanan ibu dan bapanya, menutup kepala. Terlupa nak bawa payung agaknya. Si ibu walaupun bertudung, tetap menutup kepalanya. Sudah biasa. Dan kepala bapanya jenuh juga basah diairi hujan. Kepalanya yang kurang rambut boleh menyebabkannya mendapat sakit demam dan pening.

Anak gadis itu kelihatan sungguh montok, biar sahaja air hujan membasahi tubuhnya. Rambut yang panjang mengurai sesekali menutup matanya, dan tangannya akan menolak ke tepi rambut itu.

Anak gadis itu memakai baju putih dan seluar berwarna hitam. Pakaiannya amat memberahikan [akibat basah] dan aku terus melihatnya, sungguh menggiurkan. Bajunya yang basah terkena air memperlihatkan sesuatu yang anda tidak mahu lihat ketika bersama ibu bapa.

Di pintu sebelah belakang kereta kancil yang berwarna merah itu, dia menanti ibu bapanya untuk sampai. Sesekali dia mencuba juga untuk membuka pintu tersebut. Mana tahu kalau-kalau bapanya tidak menguncikan kereta.

Bentuk kontour gunung ganang yang menarik mengiringi wajahnya yang berseri-seri.

Tergesa-gesa juga dia masuk.

Dia tidak sedar ada orang memerhatikan gelagatnya.

Aku, sambil itu mendengar radio. Ketika itu terdengar sebuah lagu dari Azharina, Elegi Sepi. “Aku pinta kepadamu, maafkanlah kesilapanku, aku tahu kau dan aku tidak mungkin akan menyatu,” begitulah sebahagian liriknya.

Hati aku tiba-tiba tersentuh. Teringat pada seseorang. Rindu. Mungkinkah layak bagi diri ini untuk merinduinya. Aku pohon padaMu Tuhan semoga kau berikan kebahagian kepadanya.

Ketika itu hujan sudah semakin lebat. Anak gadis itu tadi dan ibu bapanya baru sahaja memulakan perjalanan menuju ke destinasi yang dituju.

Setelah memborong dua buah beg plastik berisi buah-buahan, dia, ibu dan bapanya pergi meninggalkan aku. Selamat jalan!

11 November 2005

Duit Segalanya Bukan Luaran

Kelmarin [malam dua hari lepas] di TV3 di slot skrin raya disiarkan filem Melayu yang mendapat sambutan hangat – Cinta Kolestrol. Hangatnya sambutan daripada penonton sehinggakan filem tersebut dibuat versi Thai berjudul Cholestrol Teerak.

Filem ini merupakan sebuah filem dari seorang sarjana -- professor panggilannya. Razak Mohaideen sekali lagi mengecewakan penulis. Dari segi teknikalnya, memang filem ini hancur. Honestly. Tapi, penulis tak mahu emosi. Buang segala kekurangan teknikal. Buang dahulu, penampilan Ira (Erra yang di mekap gemuk) solekan pada tangannya seringkali merunsingkan penulis, lakonan Yusri yang sedikit keras dan ruang kosong dalam sejarah hidup semasa di sekolah, kedua-dua watak utama.

Ambil saja nilai-nilai kemanusiaan di dalamnya. Filem ini masih lagi ada kebaikannya -- itu yang penulis nampak. Memaparkan nilai-nilai hidup manusia yang masih berpegang kepada "judge a book by its cover". Kisah ini akan berterusan. Manusia akan tetap menilai manusia yang lain dari segi luaran. Yang laki mahukan seorang isteri yang cantik, bergaya, pandai (tidak melebihi dia) dan kurus. Dan yang perempuan pula masih lagi mahukan lelaki yang handsome, tampan, smart dan kaya (size doesn't matter). Itu masalah yang takkan selesai.

Dan filem ini berjaya membawa permasalahan tersebut, walaupun dengan tidak begitu berkesan. Babak ketika Ira dibawa oleh Yusri mengadap cermin, memang satu babak yang baik (bukan lakonan Yusri). Penghinaan ke atas golongan ini, memang satu wabak. Dalam realitinya, masih banyak lagi orang-orang yang seperti Yusri, mahukan teman wanita secantik Nadia (Aleeza Kassim) seperti dalam filem tersebut.

Namun, filem ini masih belum dapat lari lagi dengan filem-filem lain semasa. Watak dari golongan-golongan kaya tetap wujud. Dan ianya disampingi oleh harta benda, rumah besar, kenderaan mewah dan gaya hidup golongan-golongan berada. Walaupun watak Ira dalam filem ini - gemuk, namun dia memilik kekayaan. Agaknya, bagaimana penerimaan Yusri, jika Ira itu bukan sahaja gemuk, malahan miskin! Sudah tentu makin besar lagi penghinaan ke atas diri Ira.

Agaknya, penerbit mahu tackle golongan berada tonton filem ini. Yelah, cuma golongan berada sahaja yang mampu beli tiket panggung-panggung besar GSC atau TGV, yang berharga RM10 (betul? penulis dah lama tak pergi panggung). Dan cuma orang-orang ini sahaja yang mampu beli VCD original. Orang-orang yang tak mampu, cuma beli kat lanun-lanun cetak rompak.

Hey! C'mon. Wake up la! Entertainment is for all! Jadi orang-orang kayalah tolong korang (penerbit) ye. Fasal itu buat cerita semua tampilkan orang-orang kaya. Orang miskin cuma nak melingkupkan sahaja bisnes korang! Oops!! Terlepas cakap pula...

Di segi lakonan, penulis nak puji lakonan Abu Bakar Omar. Dia memang hebat. Mampu membawa watak bapa Ayie dengan baik. Yalah, mungkin wataknya dalam filem ini senang dibawa. Tiada masalah.

Pelakon-pelakon yang lain, setakat yang aku tengok, tak seorang pun mampu berlakon dengan berkesan (Yusri berlakon macam gay, Aleeza Kasim stereotype, Erra tak improve). Mungkin mereka boleh berlakon, tapi cabaran utama bagi seorang pelakon ialah membawa watak sehingga menimbulkan kesan kepada penonton. Dalam hal ni, aku tak nak salahkan pelakon. Mungkin kombinasi skrip dan kreativiti arahan juga memainkan peranan.

Kalau penulis diberi peluang mengarah filem ni, sudah pasti penulis akan olah skrip, ubah plot. Penulis akan ubah, Ira tetap tidak akan diterima oleh Yusri dan Yusri akan terus tidak sedar dengan kesalahannya. Kerana itulah realiti!