Naratif cinta pasti tidak akan lari daripada menghujahkan tentang takdir, jodoh, detiny atau fate. Lihat Serindipity lakonan John Cusack. Atau A Lot of Love lakonan Amanda Peet. Atau filem Hotel de Love arahan Craig Rosenberg. Atau filem It's All About Love arahan Thomas Vinterberg. Serta banyak lagi.
Percaya kepada takdir terletak di hujung rukun IMAN setiap umat Islam bermazhab Sunnah Waljamaah ajaran Imam as-Shafie.Tidak percaya kepada takdir akan menyebabkan seseorang itu menjadi murtad atau keluar dari agama Islam, menurut kata-kata ulama konvensional.
Tulisan aku ini bukannya mahu berhujah tentang hukuman yang patut dijatuhkan terhadap mereka yang tidak percaya kepada takdir. Mahupun untuk menyatakan tentang fadhilat yang mungkin diperolehi oleh mereka yang percaya akan takdir. Cuma ingin memetik persoalan atas perkara yang diterima ramai sebagai takdir, atau destino dalam bahasa Spanish atau ciel dalam bahasa Peranchis atau fortuna atau fato dalam bahasa Itali.
Bagi mereka yang percaya kepada takdir, silakan. Percayalah terus kepada kepercayanmu turun temurun. Bukan aku di sini untuk menggugah apa yang kau percaya sekian lama. Aku juga bukanlah untuk menghasut mana-mana pihak supaya tidak terus percaya kepada takdir atau jodoh.
Adakah takdir itu seperti 'helaian bulu ayam' yang mengikut sahaja arah angin ke mana hendak dipergi seperti apa yang ditampilkan di dalam filem Forrest Gump arahan Robert Zemeckis.
Atau adakah kita yang menentukan kehidupan kita. Seperti positivisma, "philosophical doctrine that denies any validity to speculation or metaphysics. Sometimes associated with empiricism, positivism maintains that metaphysical questions are unanswerable and that the only knowledge is scientific knowledge. The basic tenets of positivism are contained in an implicit form in the works of Francis Bacon, George Berkeley, and David Hume, but the term is specifically applied to the system of Auguste Comte, who developed the coherent doctrine. In addition to being a dominant theme of 19th-century philosophy, positivism has greatly influenced various trends of contemporary thought. Logical positivism is often considered a direct outgrowth of 19th-century positivism. 1
"See L. Koakowski, The Alienation of Reason (tr. 1968) and Positivist Philosophy (tr. 1972); C. Bryant, Positivism in Social Theory and Research (1985). " -- http://www.bartleby.com/65/po/positivi.html
Islam percaya akan hidup ditentukan oleh sesuatu yang lebih berkuasa daripada kita. Segala yang terjadi sekarang sudah tertulis di loh mahfuz [85:21-22 QS]. Dan rukun yang tercipta oleh ulama-ulama mutabar, yang mengsyaratkan 'percaya kepada qada dan qadar' sebagai salah satu elemen penting yang mengisi rukun iman setiap umat manusia.
Ada kesamaan di antara pendapat pemikir muktabar dunia Friedrich Nietzsche [yang pernah mengungkapkan bahawa 'tuhan sudah mati,' dengan Samuel Beckett penulis lakon pentas untuk teater terkenal Waiting for Godot, novel fiktif Dream of Fair to Middling Women, fragmen Stories and Texts for Nothing, serta banyak lagi karya-karyanya [yang mendapat sambutan dan yang tak mendapat sambutan]-- kedua-duanya sependapat bahawa kehidupan di dunia tiada asasnya. "Tuhan sudah mati" dan kita ibarat seorang 'penanti' yang 'terus menanti bagai menanti bulan jatuh ke riba'.
No comments:
Post a Comment