Naratif cinta pasti tidak akan lari daripada menghujahkan tentang takdir, jodoh, detiny atau fate. Lihat Serindipity lakonan John Cusack. Atau A Lot of Love lakonan Amanda Peet. Atau filem Hotel de Love arahan Craig Rosenberg. Atau filem It's All About Love arahan Thomas Vinterberg. Serta banyak lagi.
Percaya kepada takdir terletak di hujung rukun IMAN setiap umat Islam bermazhab Sunnah Waljamaah ajaran Imam as-Shafie.Tidak percaya kepada takdir akan menyebabkan seseorang itu menjadi murtad atau keluar dari agama Islam, menurut kata-kata ulama konvensional.
Tulisan aku ini bukannya mahu berhujah tentang hukuman yang patut dijatuhkan terhadap mereka yang tidak percaya kepada takdir. Mahupun untuk menyatakan tentang fadhilat yang mungkin diperolehi oleh mereka yang percaya akan takdir. Cuma ingin memetik persoalan atas perkara yang diterima ramai sebagai takdir, atau destino dalam bahasa Spanish atau ciel dalam bahasa Peranchis atau fortuna atau fato dalam bahasa Itali.
Bagi mereka yang percaya kepada takdir, silakan. Percayalah terus kepada kepercayanmu turun temurun. Bukan aku di sini untuk menggugah apa yang kau percaya sekian lama. Aku juga bukanlah untuk menghasut mana-mana pihak supaya tidak terus percaya kepada takdir atau jodoh.
Adakah takdir itu seperti 'helaian bulu ayam' yang mengikut sahaja arah angin ke mana hendak dipergi seperti apa yang ditampilkan di dalam filem Forrest Gump arahan Robert Zemeckis.
Atau adakah kita yang menentukan kehidupan kita. Seperti positivisma, "philosophical doctrine that denies any validity to speculation or metaphysics. Sometimes associated with empiricism, positivism maintains that metaphysical questions are unanswerable and that the only knowledge is scientific knowledge. The basic tenets of positivism are contained in an implicit form in the works of Francis Bacon, George Berkeley, and David Hume, but the term is specifically applied to the system of Auguste Comte, who developed the coherent doctrine. In addition to being a dominant theme of 19th-century philosophy, positivism has greatly influenced various trends of contemporary thought. Logical positivism is often considered a direct outgrowth of 19th-century positivism. 1
"See L. Koakowski, The Alienation of Reason (tr. 1968) and Positivist Philosophy (tr. 1972); C. Bryant, Positivism in Social Theory and Research (1985). " -- http://www.bartleby.com/65/po/positivi.html
Islam percaya akan hidup ditentukan oleh sesuatu yang lebih berkuasa daripada kita. Segala yang terjadi sekarang sudah tertulis di loh mahfuz [85:21-22 QS]. Dan rukun yang tercipta oleh ulama-ulama mutabar, yang mengsyaratkan 'percaya kepada qada dan qadar' sebagai salah satu elemen penting yang mengisi rukun iman setiap umat manusia.
Ada kesamaan di antara pendapat pemikir muktabar dunia Friedrich Nietzsche [yang pernah mengungkapkan bahawa 'tuhan sudah mati,' dengan Samuel Beckett penulis lakon pentas untuk teater terkenal Waiting for Godot, novel fiktif Dream of Fair to Middling Women, fragmen Stories and Texts for Nothing, serta banyak lagi karya-karyanya [yang mendapat sambutan dan yang tak mendapat sambutan]-- kedua-duanya sependapat bahawa kehidupan di dunia tiada asasnya. "Tuhan sudah mati" dan kita ibarat seorang 'penanti' yang 'terus menanti bagai menanti bulan jatuh ke riba'.
15 March 2006
14 March 2006
Teknologi dan muzik
Teknologi muat turun melalui internet juga sudah mula menampakkan kemajuan. Kita -- pengguna internet -- boleh melakukan proses muat turun walau apa jenis lagu pun. Kalau anda hendak lagu Mawi dipertandingan akhir Akademi Fantasia III pun ada. Janjinya, ada seseorang yang merakamkannya dan orang itu upload lagu yang didendangkan -- Aduh Saliha dan Seroja -- di internet.
Teknolgi ini disebalik kebaikannya pasti akan ada keburukan. Kebaikannya adalah para pendengar atau orang biasa bisa mendengar dengan melakukan pindah turun lagu apa sahaja kehendaknya (termasuklah lagu Sway nyanyian penyanyi asal Cliff Richard, lagu Sway yang diremix menjadi rentak Latin dan lagu pelbagai versi Usama bin Laden).
[lagi]07 March 2006
Kirimkan aku khabar gembira [lagi]
Hari tu dia hantar SMS. Bertanya khabar dan memberitahu perihal diri. Entah apa mimpinya menghantar SMS kepada aku, aku pun tak tahu. Mungkin hendak membalas SMS aku yang tak dibalasnya. Kalau masa tu dia takde kredit -- mungkin, kali ni aku pulak yang takde kredit -- pasti.
Terukir senyuman aku selepas membaca SMSnya. Fikirku, mahu sahaja dia menghantar SMS kepadaku lagi. Ingatkan dia dah tak ingat kat aku lagi. Hampir terkeluar kata-kata itu daripada mulut aku.
“It’s up to you if you given up, it’s up to you if it won’t stop,” kedengaran bait-bait lagu In My Life nyanyian kugiran The Rasmus memenuhi ruang-ruang kosong telinga yang seterusnya memproses sehingga ke otakku.
Betul. It’s up to you [you, me] if you given up. Betul. Semua terletak di tangan kau, di dalam genggaman tangan kau. Cuma aku tak pasti apakah balasan bagi ayat itu. It’s up to you if it won’t stop.
Sudah pasti aku menantikan khabar gembira darinya. Aku optimis dan berharap, semoga dia akan kirimkan aku dengan khabar gembira lagi.
Terukir senyuman aku selepas membaca SMSnya. Fikirku, mahu sahaja dia menghantar SMS kepadaku lagi. Ingatkan dia dah tak ingat kat aku lagi. Hampir terkeluar kata-kata itu daripada mulut aku.
“It’s up to you if you given up, it’s up to you if it won’t stop,” kedengaran bait-bait lagu In My Life nyanyian kugiran The Rasmus memenuhi ruang-ruang kosong telinga yang seterusnya memproses sehingga ke otakku.
Betul. It’s up to you [you, me] if you given up. Betul. Semua terletak di tangan kau, di dalam genggaman tangan kau. Cuma aku tak pasti apakah balasan bagi ayat itu. It’s up to you if it won’t stop.
Sudah pasti aku menantikan khabar gembira darinya. Aku optimis dan berharap, semoga dia akan kirimkan aku dengan khabar gembira lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)