Perang - suatu contoh pertelagahan manusia sudah tiba ke kemuncak. Manusia telah mula bercakaran sesama sendiri. Manusia telah mula hilang rasa hormat dengan manusia lain. Perang jadi penentu kepercayaan yang mana patut diikut. Nyawa jadi taruhan. Kuasa jadi mainan.
Mungkin ini suatu petanda. Tuhan sudah mati agaknya. Manusia pula berkejaran mahu ganti tempat tuhan.
Teringat aku tentang dialog tuhan dengan Nabi Musa. "Bagaimanakah keadaan dunia jika Kau tertidur?" Tanya Nabi Musa kepada tuhan. Soalan tersebut tuhan balas dengan menyuruh Nabi Musa mengambil gelas dan menyuruhnya memegang gelas itu. Nabi musa mengiukut suruhan tuhan. Lama dipegangnya. Sehinggalah dia merasa letih dan mengantuk. Langsung dia tertidur. Dan gelas yang dipegangnya tadi jatuh dan pecah berderai. Maka tuhanpun berkata, "Bayangkanlah aku sebagai kamu dan gelas itu dunia ini."
Tapi, kalau betul tuhan Maha Kuasa, kenapa tuhan biarkan dirinya mati. Bukankah satu sifat tuhan - Maha Kekal. Ya! Memang tuhan itu maha kekal. Tapi mungkin tuhan sebenarnya sengaja mahu mencabar manusia yang mahu jadi tuhan. "Kalau nak sangat. Ambillah! Jadi tuhan! Aku nak tengok macam mana kau jaga dunia. Aku nak lihat bagaimana kau tadbir manusia." Mungkin itu yang tuhan katakan.
Maka serangan Amerika ke atas Iraq tempoh hari telah mengisyaratkan satu lagi tanda. Bahawa satu lagi tuhan sudah muncul. Dan tuhan ini mahu kuasai dunia!
[Not kaki: Dipetik daripada makalah Mungkinkah tuhan sudah mati yang disiarkan oleh Akhbar Mahasiswa, Jalan Beringin 2002]
30 July 2005
12 July 2005
Nyanyian Merdu Si Bisu
Sepi...
Memerangkap jiwa yang kosong
Lagu ini bukan untukmu
Semakin jauh semakin hilang kemerduannya
Si bisu bagai menyerah ikhlas
Sepasrah batang tubuh di alam suci persundalan
Bersyair ia..
Menyanyi alunan enak merdu sebuah lagu
Lagu yang tidak lengkap gubahannya sendiri
Tetap ia terus menyanyi
Yakin dan tawaduk ia tunduk
Dan sepi sekali lagi memerangkap jiwa yang kosong
Tiada ibaratnya
Terus menerus kosong melapisi ruang waktu
Singkat sependek usia yang menjelang senja
Rindu bukalah pilihan
Tiada ibaratkan
Semuanya itu nyanyian yang tidak kedengaran
Seakan mendengar sang angin menderu menyesakkan
Sel 304 - 050704
Memerangkap jiwa yang kosong
Lagu ini bukan untukmu
Semakin jauh semakin hilang kemerduannya
Si bisu bagai menyerah ikhlas
Sepasrah batang tubuh di alam suci persundalan
Bersyair ia..
Menyanyi alunan enak merdu sebuah lagu
Lagu yang tidak lengkap gubahannya sendiri
Tetap ia terus menyanyi
Yakin dan tawaduk ia tunduk
Dan sepi sekali lagi memerangkap jiwa yang kosong
Tiada ibaratnya
Terus menerus kosong melapisi ruang waktu
Singkat sependek usia yang menjelang senja
Rindu bukalah pilihan
Tiada ibaratkan
Semuanya itu nyanyian yang tidak kedengaran
Seakan mendengar sang angin menderu menyesakkan
Sel 304 - 050704
Subscribe to:
Posts (Atom)