"Cinta ini: pergi menyelinap ke ruang rahsia langit, menyebabkan beratus-ratus hijab luruh gugur ke bumi setiap saat dan waktu. Pertama-tamanya melepaskan hidup ini. Akhirnya melangkah tanpa kaki." ~ Jalaluddin Rumi
Dewa menyatakan namanya di kulit-kulit album mereka. Siapakah Jalaluddin Rumi?
Penganut-penganut ajarannya berpusing-pusing ibarat gasing. Sambil berpusing, mereka akan memuji Allah, Rasul dan orang-orang yang dicintai. Penganut-penganutnya digelar Darwis dan ajarannya disebut sebagai Mahlawi.
Beliau adalah tokoh sufi terkenal kelahiran Balkh, Afghanistan. Beliau dilahirkan pada 1207 dalam keluarga yang patuh kepada Islam. Nama tersebut (Jalaludin Rumi) adalah bermaksud cinta dan infiniti. Jalaluddin Rumi telah berpindah ke beberapa tempat termasuklah pergi menunaikan haji. Beliau, setelah merantau ke seluruh pelusuk negara-negara Islam telah akhirnya, menetap di Konya, Anatolia, Turki.
Pada 1231 beliau mewarisi ayahandanya sebagai professor di dalam bidang sains keagamaan. Beliau telah menjadi sufi mistikal apabila bertemu dengan, Shamsuddin Tabriz. Beliau sangat sedih dengan kematian Shams (sebenarnya hilang tanpa kesan) dan beliau telah meluahkan persaannya itu dalam muzik, tarian dan lirik yang puitis contohnya ‘Divani Samsi Tabrizzi', `Mathnawi', dan sebuah kitab`Fihi ma Fihi', yang ditulis semata-mata bertujuan untuk memperkenalkan ajarannya kepada para penganutnya.
Selalu dibandingkan dengan Shakespeare – tahap kebijaksanaan, cara meluahkan perasaan dan jenis satira – Mathnawinya juga sering dikaitkan dengan al-Quran. Mungkinkah ada maksud disebalik sajak-sajaknya? Ya, sajak-sajaknya bermaksud akan cinta yang semata demi Allah. Bukankah Dewa ‘bermazhab cinta’.
"Kecantikkan yang akan kekal ialah kecantikkan hati," katanya. Falsafahnya menjadi pengaruh baik bagi Muslim di Timur mahupun Christian di Barat. ‘Cinta’nya menjadi subjek utama, dibicarakan disetiap pelusuk negara di dunia.
"Cinta bertenaga ke seluruh alam, penyebab dan kesan yang mengharmoni dunia," Rumi yakin dengan mazhab ‘Cinta’nya, dan telah membawakan ahli-ahli sufi Islam ke suatu ‘tahap’.
Seperti Dewa – Ahmad Dhani dipengaruhi besar dengan Jalaluddin Rumi, lihat sahajalah lagu-lagunya dalam Ahmad Band, Shalawat Badar dan Kuldesak – Jalaluddin Rumi juga kerap menyebutkan tentang keagungan cinta. " Biarkan cinta menarikmu perlahan-lahan," katanya.
Meulana Jalaluddin Rumi menghembuskan nafas yang terakhir pada 17 Disember, tahun 1273. Malam kematiannya dipanggil Malam Penyatuan ( Shebul Arus [Night of Union]). Sejak dari tarikh tersebut, penganut-penganut ajaran itu, Darwis telah menyambutnya sebagai salah satu malam festival.
Mahlawi seringkali melambangkan cinta (yang diwahyukan) dan perasaan yang luhur menghadap pencipta. Tarian dan muzik mahlawi khusus untuk memuji tuhan yang esa melalui lirik-liriknya. Muzik Mahlawi juga mempunyai elemen-elemen muzik klassik Turki. Kehadiran muzik ini, memperelokkan lagi puisi-puisi yang memuji tuhan.
Dalam majlis-majlis keraian, Mahlawi biasanya dipimpin oleh ketua pemain dram. Perkussi menjadi permainan teras, kudums (dram kecil) dan simbal serta ney (sejenis seruling) menjadi penambah melengkapkan lagi muzik Mahlawi. "Muzik Darwis tidak boleh ditulis secara nota (muzik). Nota (muzik) bukan merupakan salah satu daripada jiwa si Darwis."
Gerakan tarian si Darwis ada maknanya yang tersendiri. Pusingan mereka mengikut paksi yang tersendiri, bergerak mengikut orbit masing-masing dan pakaian mereka putih suci seperti anak yang baru lahir. Mereka mengangkat tangan kanan menghala ke syurga untuk mendapatkan keredhaan ilahi. Keredhaan itu, menyeberangi hati mereka dan tangan kiri mereka menunjukkan ke bawah ke bumi. Dengan sebelah kaki mereka tetap di atas tanah, sementara sebelah lagi menyilang kaki dan seterusnya membawakan kepada gerakan tarian.
Rumi telah mengajar kepada kita, "Orang Islam, orang Christian, orang Jew, dan orang Zoroastrian sepatutnya dilihat dengan mata yang sama". Makamnya, Kubah Hijau, yang terletak di Konya, menjadi tempat bersejarah yang dilawati oleh ramai orang di seluruh dunia.
(dipetik dari ROTTW [tanpa potongan atau tambahan], Mei 2005, V 103)
27 June 2005
06 June 2005
Bruce Almighty
"Tuhan pun bercuti?" tanya Bruce (lakonan Jim Carrey) kepada Tuhan (lakonan Morgan Freeman), bila sahaja Tuhan mahu menyerahkan kepadanya dengan tugas besar untuk menjadi Tuhan. Tuhan telah memberikan alasan cuti sebagai alasan pemberian tugas yang maha berat itu.
"Ya. Dan aku pernah bercuti ketika Zaman Kegelapan beberapa abad sudah." jawab Tuhan dengan ringkas kepada Bruce.
Filem Bruce Almighty diharamkan tayangannya di Malaysia. Walaupun sempat ditayangkan untuk beberapa hari, namun ditarik balik kerana beberapa sebab yang telah dikemukakan oleh pihak berkuasa agama negara iaitu JAKIM.
Mula-mulanya, adalah kerana sebuah peraduan yang dianjurkan oleh sebuah stesen radio berbahasa Inggeris tempatan. Dalam peraduan tersebut satu soalan telah dikemukankan kepada pendengar. Soalan itu berbunyi, "Jika anda menjadi Tuhan, apa yang akan anda lakukan?" Gara-gara sebuah soalan itu, habis tidak dapat disiarkan sebuah filem pengajaran antara terbaik Hollywood pernah keluarkan.
Namun, keputusan kerajaan pasti bersebab. Dan sebab utama pasti JAKIM iaitu pihak berkuasa agama negara tidak mahu lihat iman yang telah sedia lemah terutamanya di kalangan penganut ajaran Islam, akan tergugat. Dan akhirnya boleh menyebabkan masyarakat Islam di Malaysia jatuh kafir.
Itu keputusan yang sudah dilaksanakan. Kita juga sebagai rakyat biasa yang tidak mampu berfikir jauh, perlu mendengar kata-kata 'Tuhan'. Jika ingkar pasti akan dihukum dengan neraka!
Walau bagaimanapun, aku bernasib baik. Semalam aku menontonnya lagi setelah beberapa kali menontonkannya. Dan aku mendapat dua pengajaran dari filem tersebut. Satu, dunia akan hancur jika manusia mahu jadi tuhan, bertindak dengan cara tuhan. Ini kerana manusia punya nafsu, punya perasaan, punya hati walaupun punya akal.
Dan yang kedua, setiap yang teratur di dunia ini sekarang adalah sebaik-baik tadbiran oleh Tuhan. Walaupun manusia mengalami ketidak adilan yang dikatakan Tuhan lakukan, seperti yang dialami oleh Bruce di awal filem tersebut. Bencana, celaka dan kemalangan datang silih berganti. Diberhentikan kerja, dipukul oleh samseng jalanan, kehilangan teman wanita yang amat dikasihi dan menghadapi kemalangan jalan raya. Namun setiap yang tuhan tadbir adalah sesempurna pekara. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Mungkin juga pengharamannya ada hikmah yang tersembunyi. Yang kita sendiri tidak ketahui. Jadi, jangan cepat melatah dengan tindakan JAKIM. Ia mungkin hantaran Tuhan kepada manusia, untuk menilai sama ada manusia itu beriman kepada hikmahnya.
Ternyata Tuhan bukan dari kalangan Nigar ataupun manusia berkulit putih. Tiada gambaran imej yang boleh digambarkan untuk menggambarkan Tuhan. Itu sudah pasti. Dan kehadiran Morgan Freeman sebagai Tuhan sudah pasti punya sesuatu yang belum kita lihat. Dan seterusnya Jim Carrey yang menggantikan Morgan Freeman ketika Tuhan sedang bercuti merupakan hukuman kepadanya yang mempersoalkan tentang bala dan bencana yang tuhan telah turunkan.
Maka cabaran pun bermula, seperti Firman Allah yang mencabar, pencipta-pencipta patung dan lukisan-lukisan menghidupkan karya mereka selagi mana mereka mengaku bahawa karya merekalah yang terbaik jika mahu dibandingkan dengan karya Maha Agung Allah Tuhan Semesta Alam.

Subscribe to:
Posts (Atom)