31 January 2006

Zapatista

Lewat beberapa bulan sudah kelibat Subcomodante Marcos kembali mewarnai kamera dan perkampungan La Realidad sekali lagi popular, menjadi tumpuan media. Zapatista bertekad akan menyertai politik negara Mexico. Dan juga bertekad akan memenuhkan kamera-kamera media dengan wajah mereka yang bertopeng. Penulis agak orang yang paling gembira, tentunya Zach De La Rocha, frontman dan personal utama kugiran (the late) Rage Against the Machine.

Dalam klip video lagu People of the Sun, Rage Agaist the Machine ada menyelitkan visual kata-kata simpati untuk Zapatista pada akhir dan juga dimerata-rata tempat di dalam klip video berkenaan.

Mungkin ada yang masih ingat lagi, perhimpunan muzik terbesar dunia. Dan ada yang masih ingat lagi kelahiran the Beatles, Grateful Dead, Pink Floyd, individu seperti Bob Dylan, John Baez dan ramai lagi. Perhimpunan itu berlaku kerana kekecewaan yang teramat sangat kepada penghantaran tenaga-tenaga muda menyertai skuad tentera Amerika Syarikat di Vietnam. Rakyat AS membantah penghantaran yang ternyata sia-sia – kerana kekalahan.

Nama-nama yang penulis sebut sebelum ini, merupakan nama yang tidak asing lagi dalam menyatakan ketidak adilan dunia. Sementara nama seperti Rage Against the Machine, Coldplay, U2, Starsailor, Chumbawamba, Henry Rollins, Jello Biafra, N.O.F.X, Bad Religion, Incubus, Massive Atack dan banyak lagi merupakan antara nama yang terpahat sebagai kugiran dan individu yang menjalankan aktiviti kemanusiaan serata dunia di kala ini.

Seperti penghantaran tentera AS ke Iraq, Michael Moore pembikin doku-drama Fahrenheit 9/11 menyatakan bantahan di dalam doku-drama tersebut. Begitu juga dengan artis-artis yang terlibat di dalam konsert Live 8 mereka membantah usaha-usaha sesetengah pihak yang dikatakan menindas lapan negara termiskin dunia.

Rage Agaist the Machine (R.I.P) sememangnya juara bagi aktiviti-aktiviti kemanusiaan ini. Perjuangan mereka berasaskan ideologi Marxisme. Dan di dalam di dalam setiap konsert, klip video dan barangan lain, pasti ada imej Che Guevera – seorang pejuang Marxisme. Che Guevera – salah seorang orang kuat kerajaan Cuba, komunis, pimpinanFidel Castro – Menteri Kewangan kerajaan Cuba dan mati tertembak – tidak tahu siapa yang menembaknya – kerana idea-idea ekonominya yang bertentangan dengan kerajaan Cuba semasa itu.

Che Guevera bukan sahaja ikon bagi faham Marxisme, tetapi perjuangan berterusan menggapai kebebasan. Waktu akan terus menjadikannya sejarah dan waktu juga menjadi bukti bahawa belau mati kerana idea-ideanya yang bertentang dengan komunis iaitu kerajaan Cuba itu sendiri.

Dua tahun sudah Coldplay yang dianggotai oleh Chris Martin (vokalis), Johnny Buckland (guitaris), Guy Berryman (basis) dan Will Champion (drummer) telah mengadakan dua buah konsert sempena kempen "Make Trade Fair" (Hasilkan Urusniaga Adil) yang dikepalai oleh British Charity Oxfam untuk menyambut mesyuarat WTO (World Trade Organization atau Pertubuhan Perdagangan Dunia) yang telah dijadualkan diadakan minggu berikutnya di sebuah pekan resort Cancun.

Menurut Reuters, "petani-petani di negara-negara membangun seperti Mexico, berkata mereka tidak mampu bersaing dengan subsidi berharga berjuta ringgit yang diperolehi oleh petani-petani di negara-negara maju, terutamanya petani di negara seperti Amerika Syarikat."

Martin dan Buckland kemudiannya menuju ke Cancun pada hari Selasa, minggu selepas mengadakan konsert, untuk berjumpa dengan orang kuatWTO, Supachai Panitchpakdi dan telah memberikan petisyen berjumlah 3 juta tandatangan. Petisyen itu dikenali sebagai Big Noise (Gangguan Besar).

Usaha negara-negara maju untuk memaksa negara-negara membangun membuka pasaran mereka, tapi dalam masa yang sama mereka (negara-negara maju) masih mengekalkan subsidi kepada industri-industri mereka. Ini menjadikan negara-negara membangun ini sukar untuk bersaing oleh kerana tidak mendapat subsidi sebesar negara maju dapat.

Coldplay mungkin akan menjadi duri dalam daging kepada usaha membuka pasaran atau globalisasi tajaan negara-negara kapitalis dan syarikat-syarikat multi nasional corporation, memandangkan mereka menurut Martins, cuba untuk menjadi agen penyedar, terutamanya kepada peminat-peminat mereka tentang kemiskinan dan kepayahan hidup manusia-manusia di negara-negara membangun, apatah lagi negara-negara miskin.

Mengikut laporan berita reuters tersebut, mungkin Coldplay tidak mampu untuk mengubah dunia, tapi cukuplah sekadar ada peminat yang sedar tentang kemiskinan di luar negara mereka.

Tidak ketinggalan mereka yang berada di negara jiran turut memutarkan lagu mereka yang berkait dengan isu semasa. Sebagai contoh grup Poject Pop, Ahmad Band, Dewa dan Iwan Fals. Ahmad Band – sebuah kugiran pojek oleh Ahmad Dhani dari kugiran Dewa -- memutarkan lagu-lagu seperti Impotent, Distorsi, Ode Buat Extremis, Interupsi, Rahasia dan Dimensi yang melewati masalah-masalah sosial setempat.

Sementara lagu Cinta Adalah Misteri – daripada kugiran Dewa -- pula menceritakan tentang ketaksuban dan kefanatikan pelampau atau fundamentalis Islam. Kerana Cinta kepada Allah sanggup melakukan apa sahaja, termasuklah ingkar dengan larangannya.

Iwan Fals seperti yang kita semua ketahui memperjuangkan lagu-lagu kerakyatan seperti Sudah Gila, Apa Kamu Sudah Jadi Tuhan, Surat Untuk Wakil Rakyat, Mbak Tini, Hadapi Saja dan banyak lagi. Iwan Fals turut dinobatkan sebagai Pahlawan Asia oleh majalah Time (Edisi Asia) atau Hero of Asia pada susuk ini dan ia (susuk ini) telah menjadi cover untuk majalah berkenaan untuk keluaran tahun 2002.

Di Malaysia juga ada terdapat penyanyi yang menyanyikan lagu-lagu yang bersifat semasa. Contohnya seperti M.Nasir, Ito, Ramli Sarip, Kopratasa, KRU, Search, Lefthanded, Wings, Zainal Abidin, Redang, Yassin dan ramai lagi. Mereka menyanyi lagu-lagu yang menyentuh isu-isu semasa.

30 January 2006

Apabila tuhan pergi berperang [3/3]

Naskhah-naskhah kitab tersebut, kesemuanya mengandungi unsur-unsur yang boleh membawa kepada tindakan keganasan, jadi tidak susahlah bagi para ekstrimis untuk mencari isyarat daripada tuhan yang membenarkan tindakan ganas mereka. Perang mengancam kesemua aspek sikap manusia, jadi apabila sesuatu konflik menjadi lebih kronik, tidak hairanlah agama juga turut terkesan. Inilah yang terjadi ketika Perang Salib.

Dalam masa yang sama, hak penganut agama Kristian juga telah menyerap unsur-unsur keganasan dalam masyarakat Amerika: menentang pembaharuan dalam undang-undang senjata, sebagai contoh, dan menyokong hukuman bunuh. Mereka tidak pernah memetik ayat-ayat daripada Sermon on the Mount tetapi lebih mendasarkan sifat chauvinistik mereka dan semangat keaagamaan mengikut kitab Revelation. Osama bin Laden pula menggunakan surah-surah yang terpilih sahaja. Dan kebanyakan ekstrimis Muslim yang mengganggu kita adalah produk masyarakat yang lama terasa kecewa dengan konflik: di Timur Tengah, Palestine, Chechnya Afghanistan, Kashmir.

Agama, seperti lain-lain aktiviti manusia, boleh disalahgunakan. Anda boleh memiliki agama yang jahat, sama seperti anda boleh memiliki masakan yang tidak sedap, seni yang tiada nilai dan seks yang tiada kepuasan. Sejak dari awal lagi, agama terlibat dengan konflik yang sebenarnya bersifat sekular. Di masa lampau, bagaimanapun, nabi dan ulama pelbagai agama mengingatkan orang yang berada di luar bidang tersebut dengan tugas utama mereka iaitu simpati dan kasih sayang.

Hari ini, kita memerlukan orang-orang agama untuk kembali aktif dalam merubah tradisi keekstrimisme agama. Bukan cukup, hanya dengan mengutuk keganasan sebelah pihak ke pihak yang lain. Kita memerlukan bishop-bishop, rabbi-rabbi dan imam-imam untuk mencari benih kebencian dalam kitab mereka, mengaku yang kepercayaan mereka mempunyai sejarah kebencian. Kita mesti mempersoalkan keberkesaan perang semasa menentang keganasan atas nama agama.
Dengan meningkatnya jumlah keganasan di kawasan yang bermasalah, kita menyumbang
kepada keadaan yang menggerakkan mereka yang setia di dalam perang jihad yang memusnahkan. -- Karen Armstrong (pengarang buku A History of God)


Nota: Tersiar di Akhbar Mahasiswa Isu 23/2005

28 January 2006

Apabila tuhan pergi berperang [2/3]

Kebanyakkan penulis yang dipengaruhi oleh kitab bible memberi respon terhadap keganasan. Tuhan mereka telah mengarahkan Musa dan Yeshua untuk membunuh penduduk yang mendiami tanah yang dijanjikan (Promised Land) kepada mereka. Namun di sudut yang lain pula, mereka menulis tentang menghormati orang lain. Mereka mengingatkan orang Israel bahawa Tuhan tidak semestinya menyokong mereka, dan perbuatan salah serta sikap mereka yang tidak bertanggungjawab telah membawa kehancuran.

Jesus memberitahu pengikutnya untuk berkasih sayang walaupun dengan musuh mereka sendiri, namun kitab Injil sendiri telah terkesan dengan kekacauan di Palestine ketika abad pertama dahulu: berlakunya keganasan dalam pendudukan oleh Roman dan menyebabkan ketegangan antara orang Yahudi dan Kristian. Seterusnya, penindasan maharaja Domitian telah membawa kepada perasaaan dendam seperti dalam Book of Revelation iaitu salah satu kitab suci agama Kristian yang berasal daripada kitab Injil.

Al-Quran juga menggambarkan keganasan peperangan etnik yang menggangu tanah Arab sekitar awalan abad ke 7. Untuk jangka masa lima tahun, umat Islam telah diancam dengan pelbagai bentuk penindasan dan terpaksa berjuang demi hidup mereka. Al-Quran juga mengajar umat Islam bagaimana kelakuan yang sepatutnya ketika di medan perang, namun militan-militan ini selalunya tidak boleh dibawa berbincang. Akhirnya, Muhammad telah membawa kedamaian ke wilayah yang bergolak dengan dasar beraninya menolak keganasan.

-- Karen Armstrong (pengarang buku A History of God)

Nota: Tersiar di Akhbar Mahasiswa Isu 23/2005

25 January 2006

Agama candu mayarakat

"Agama candu mayarakat." Itu kata Marx.  Karl Marx.  Aku tidak tahu apakah sebabnya Bung Marx berkata demikian.  Apa yang mendorongnya untuk berkata-kata demikian juga aku tidak tahu.  Tetapi kata-kata Bung Marx itu kelihatan seperti benar sekarang ini. 

Nyata, keadaan sekarang mengizinkan pemerintah untuk menggunakan agama bagi menjustifykan segala macam idea-idea keji pemerintah tirani.

Marx mungkin menerobos masuk ke dalam tapis pemikiran agama-agama yang dilihatnya senang diguna dan disalah guna oleh seseorang individu atau pemerintah.

Mungkin Marx juga menyedari hakikat bahawa agama bukanlah suatu doktrin yang dicipta oleh manusia.  Ia mungkin belum cukup bukti untuk mengatakan bahawa 'agama adalah candu masyarakat' melainkan hamburan kata-kata retorika buat penyedap pidatonya atau tulisannya.

 Dia pernah mengemukakan hujah ini. "Manusia mencipta
agama -- agama tidak mencipta manusia."

Dalam makalah yang berjudul Agama, pemberontakan dan
reaksi tulisan Hazel Croft dari Socialist Worker, 15hb Disember 2001, Nombor 1779. Diterjemahkan oleh Muhammad Salleh, menyebut, "Marx mengatakan bahawa agama digunakan sebagai ejen penindasan, tetapi pada masa yang sama, ia meluahkan aspirasi mereka yang ditindas:

"Kedukaan
agama pada masa yang sama adalah peluahan kedukaan benar. Agama adalah keluhan binatang yang tertindas
seperti juga ia merupakan jiwa dalam keadaan tidak berjiwa. Ia adalah candu masyarakat.

"Orang ramai memeluk agama kerana ia memenuhi keperluan dalam sebuah dunia yang dipenuhi persaingan, kesengsaraan dan penindasan. Dalam sebuah masyarakat yang dibahagikan oleh kelas, di mana kebanyakan orang tidak mempunyai kawalan ke atas kehidupan mereka, agama seolah-olah boleh memberikan jawapan.

"Kerana ini, idea-idea agama telah mendapat sokongan hebat semasa waktu-waktu kesusahan. Ini pernah berlaku semasa zaman perindustrian dan di kebanyakan negara-negara membangun pada hari ini." Ayat yang di awal tulisan ini bukanlah merujuk kepada agama, ajarannya atau penganutnya, cuma ia merupakan suatu peluahan oleh seorang manusia bernama Karl Marx. Dan ucapan itu sangat retorik.

Manipulasi agama -- tak kiralah kau agama Kristian, Buddha, Islam atau Hindu -- atau hegemoni agama dalam tangan-tangan pemerintahan amatlah susah hendak dilawan.

Lagi buruk jika ada 'nabi' -- sudah tentu maksum atau tidak melakukan dosa -- baru dalam ummat sekarang ini,"dalam model feudalisme, ada pihak berasa merekalah 'naqib usrah' (ketua) yang menurunkan keputusan-keputusan ‘siap pakai’ (ready-made), selepas siri-siri diskusi bersama dewa-dewa di langit, sementara kita hamba jelata yang hina-dina ini mengaminkan sahaja sabda-sabda mereka, janganlah pandai-pandai mempertikaikan!". (Tiada Noktah, malaysiakini.com 25 April tahun 2005)

Perkembangan dalam agama Islam amatlah menyedihkan, langsung membenarkan kata-kata Bung Marx – "Agama itu candu mayarakat". Ada rakaman filem yang berasal dari rakaman testimoni para pelaku bom Bali II.

Ada empat wajah yang muncul di dalam rakaman itu. Dan keepat-empat wajah itu menunjukkan reaksi yang pelbagai, tetapi semuanya sepakat memberikan alasan yang sama kenapa mereka melakukan bom bunuh diri – sesungguhnya Allah bersama-sama kami dan Allah juga turut turun ke medan tempur mengebom, membunuh ramai orang, melakukan kerosakan dan bermacam-macam lagi.

Seorang pelaku aksi bom itu sempat berpesan, "Untuk isteri dan keluargaku, ketika kalian menyaksikan video ini, saya sudah berada di dalam jannah (surga)!."

Wah sungguh pantas kamu ya.. berada di surga. Entah betul ataupun tidak -- mana kita tahu itu 'tugas' tuhan. Kalau nak tahu kau telefon tuhan di surga abadi.

Dan dia juga menambah: "Jika saya punya hutang, mohon dilunasi!" Ini sudah pasti tidak termasuk hutang-hutang penderitaan, nyawa, nama baik agama dan negara.

Seperti apa yang berlaku kepada adik kepada Dr. Azahari, Bani Yamin Husein, yang terpaksa menanggung malu dan rasa bersalah akibat perbuatan abangnya. Berkali-kali ia menangis dan meminta maaf kepada seluruh masyarakat Indonesia.

Makin jauh masyarakat dari agama makin terketar-ketar lutut mungkin mencari tempat berlindung.

Sudah natural, adat dunia manusia akan pantas mencari tempat perlindungan ketika dia susah. Tetapi barang diingat bahawa manusia juga pantas meninggalkan naturalnya, adat resam dunia mencari yang terlarang, tak mengikut tabie.

Yang pasti agama sudah tentunya [apa saja jenis agama -- bagaikan ia Islam, Buddha, Kristian atau Hindu] tidak menggalakkan kita, penganut agamanya [ika kau tidak mempunyai itu hak kau] untuk melakukan kekerasan kepada penganut agama lain.

Lagi yang menarik ialah pendapat oleh Dhani apabila ditanya wartawan
mstar online
tentang pelbagai nama yang berunsurkan Yahudi seperti Holler terkandung di dalam ruangan kredit, "mengapa orang tidak tertanya-tanya mengapa saya
meletakkan nama Allah SWT serta Nabi Muhammad SAW yang utama di dalam senarai penghargaan saya?"

Dan dia menambah di dalam makalah yang sama, "tidak salah untuk Dhani mengucapkan penghargaannya kepada saudaranya yang berdarah German. Baginya juga, tidak ada salahnya menerima perbezaan agama secara positif asalkan dia tidak
meninggalkan agamanya sendiri."

Maka kata-kata oleh Bung Marx akan tidak menjadi kenyataan jika ramai yang menganggap bahawa agama hanyalah jalan kita menuju tuhan dan adalah menjadi hak seseorang individu memilih jalannya sendiri.

Agama akan menjadi candu apabila kita terlampau taksub memperjuangkan agama kita sehingga menyatakan agama orang lain itu salah.

Pelbagai jalan terbentang luas bagi kita mendaki menuju tuhan dan janganlah anggap bahawa jalan kita sahaja yang betul. Tanggungjawab kita sebagai makhluk tuhan biar tuhan sahaja yang menilai. Jika baik, baiklah ia.

21 January 2006

Apabila Tuhan Pergi Berperang 1/3

Satu perkara yang nyata dalam tahun 2004 - jika tiada tindakan diambil - kita akan melihat bermacam-macam lagi jenis keganasan yang terhasil akibat agama. Agaknya manusia lebih selamat tanpa agama. Secara ringkasnya dalam sejarah agama Kristian terbukti bahawa Islam tidak menghalang penggunaan agama sebagai alasan untuk bertindak di luar batas kemanusiaan. Jika perbezaan kepercayaan boleh memberikan sebuah dunia yang aman dan damai mengapa agaknya ia (agama-agama) menggalakkan kebencian dan mengapa ia mendorong semcam keganasan ke atas penganut-penganutnya.

Agama dicipta oleh manusia yang secara biologinya mempunyai sifat ganas. Kita memimpikan damai namun kita bertindak ganas ke atas manusia lain dan ia daripada awal-awal lagi telah memperlihatkan sifat dualism seorang manusia. Dalam zaman permulaan wujudnya agama, kebanyakkan tuhan adalah bersifat militan, ini termasuklah tuhan yang disembah oleh orang-orang Yahudi, Kristian dan Muslim. Manusia Cuma boleh merasa dirinya selamat dengan berperang – melindungi puaknya daripada diserang ataupun menyerang sebelum diserang. Jadi mereka menganggap peperangan adalah suatu proses biasa yang berterusan dan dibenarkan agama. Dengan alasan tuhan juga menetang kejahatan.

Agama-agama di dalam kurun pertama tahun masihi menolak idea-idea ganas dan lebih banyak membicarakan soal kefahaman, kebaikan dan tidak bersifat ganas secara amnya. Namun agama-agama tersebut muncul dalam kumpulan masyarakat yang sememangnya bersifat ganas dan suka berperang. Dan lama kelamaan sifat ini menular masuk ke dalam ajaran-ajaran agama tersebut. Sebagai contoh, Judaism, lahir dalam keadaan kelam kabut situasi politik ketika itu – sebuah trauma yang boleh kita lihat dalam Bible Hebrew. bersambung.. -- Karen Armstrong (pengarang buku A History of God)

Nota: Tersiar di Akhbar Mahasiswa Isu 23/2005