02 August 2010

Jurang Generasi (2)

Oleh: MSK

Setiap generasi berubah setiap 15 tahun dan tidak ada satu garis jelas yang memisahkan antara generasi-generasi ini. Diantara generasi, terdapat satu era transisi ataupun pertindihan.

Ada diantara mereka yang lahir sekitar 1960-61, tapi masih bersikap Boomers dan ada juga yang lahir sekitar 1958-59 tetapi tegolong dalam Gen X. Banyak bergantung kepada kemajuan setempat. Kalau dibandingkan dengan negara maju, perubahan generasi ini mungkin mengambil masa 5-10 tahun.

Sikap atau karektor yang terdapat bagi setiap generasi diatas adalah hasil kajian pasa sosiologist dan anthropologis dunia. Dan perubahan sikap ini selalunya diambil berat oleh syarikat-syarikat besar dalam membuat perancangan tentang apakah produk yang perlu dihasilkan dan bagaimanakah promosi sesuatu produk itu dibuat.


Dalam tahun 60an dan 70an, setiap produk sentiasa menggunakan artis-artis sexy dan cantik untuk melariskan produk mereka. Sabun Lux sentiasa dikaitkan dengan artis cantik dan sexy. Nak jual kereta pun perlu menggunakan artis popular.

Tapi sekarang dah berubah. Ramai yang tak pakai artis cantik dan seksi, tapi menggunakan lelaki yang tampan dan macho. Tapi trend ini hanya berkisar dari produk kopi dan ubat kuat. ehem..ehem.Pasai apa? sebab fokus pasaran ialah wanita. Ramai orang ingat yang ramai membeli produk kopi kuat ini lelaki, sebenarnya ramai wanita yang membeli untuk suami mereka.

Sekarang ni, artis-artis cantik dan sexy dah kurang laku untuk dijadikan tarikan. Kalau ada pun, hanyalah untuk produk-produk dimana sasaran utamanya ialah Gen X. Gen Y tak perlukan idola atau selebriti. Mereka buat apa yang kawan-kawan depa buat.

Kat rumah depa pakai tudung, pi kolej depa pakai tudung, sampai luar…depa londeh semua. Kalau dulu ..bila Gen X bertemu boomers, depa hormat dan bagi salam. Tapi sekarang, bila Gen Y jumpa Gen X, depa kata “Hi Mom..Hi Dad”

Ini bukan masalah, tapi perubahan. Ramai yang dalam Umno mahu dihormati..mahu dipanggil Dato, Tan Sri. Boleh belah la!!

Ramai yang dalam PKR juga mahu dihormati berdasarkan senioriti…mampuih pi la.

Kalau dulu, dalam Pas semua wala’ kepada pemimpin, la ni geng-geng Gen Y buat Projek Langgar Hadi!

Macam mana dengan Gen Z akan datang? Kita boleh tengok kepada iklan-iklan yang dipasang oleh syarikat-syarikat komunikasi. Tak ada idola ataupun artis pujaan. Kebanyakan model-model tidak dikenali tetapi satu yang kita nampak ialah, model-model tersebut tidak jauh usianya dengan kumpulan sasaran.

Pasai apa aku bawa cerita pasai jurang generasi ini? Ia ada kaitan dengan trend mengundi dan usaha untuk merampas Putrajaya dari tangan BN.

Tengku Razaleigh cuba membawa perubahan politik denga menubuhkan Semangat 46. Tapi pengikut Semangat 46 adalah terdiri dari Gen Boomers. Penggerak Semangat 46 juga terdiri dari Boomers, dan hakikatnya…Semangat 46 masih lagi bersemangatkan Umno. Dan Tengku Razaleigh cuba membawa perubahan dikalangan geng boomers. Akhirnya gagal kerana mana mungkin Boomers berubah!! Akhirnya Tengku Razaleigh sendiri kembali kepada umno.

Anwar juga cuba membawa perubahan pada tahun 1999 tetapi masih belum berjaya. Geng Boomers masih banyak dalam senarai Daftar Pemilih manakala Gen Y pula masih ramai yang belum boleh mengundi. Walaubagaimanapun, Reformasi 99 masih boleh dikatakan berjaya meneroka perubahan.

Tetapi selepas berjaya sedikit pada tahun 99, Haji Hadi memimpin BA, dan dia kembali kepada perangai Boomers. Dia tidak memahami sikap dan kemahuan Gen X dan Y. Dia mahu Gen X dan Y mengikut saja cakap dia. Mana boleh!!

Gen X adalah Gen rebel…Gen reformasi. Bukan Gen wala’. Gen X tak peduli sama ada pemimpin itu berpangkat Dato ka, Tan Sri ka…bertaraf ulama pun depa tak wala’.

Tahun 2008 adalah tahun Gen Y. Aku berani kata, bahawa perubahan 2008 adalah kerana sokongan dan gerakan Gen Y. Gen Boomers yang menghalang perubahan 99 sudah ramai yang menghuni tanah perkuburan, Gen X sudah menjadi majoriti, tetapi sokongan dan gerakan yang padu datang dari gen Y.

Sebenarnya, Umno yang memerintah sekarang sudah kehilangan sokongan. Dalam PRU 2008, umno hanya mendapat 29% dari jumlah undi keseluruhan. Tetapi oleh kerana gerrymandering yang dilakukan oleh SPR, umno masih boleh bertahan sehingga kini. Apakah Umno mampu bertahan lagi atau pupus dalam pilihanraya akan datang?

Semuanya bergantung bagaimana Pakatan Rakyat memenangi hati pengundi yang terdiri dari Gen X dan Y.

Dan ini yang aku risau. Setelah menang PRU lalu, Gen Boomers berebut harta peninggalan perang dan tidak memperdulikan Gen X dan Y yang banyak membantu mereka. Mungkin mereka merasakan, Gen X dan Y akan tetap wala’ kepada Pakatan Rakyat. Kesilapan kali pertama selalunya dimaafkan kerana ia satu pengajaran. Tapi kalau diulang kesilapan yang sama untuk kali kedua, ia satu kebodohan.

Dah banyak kali aku tulis. Semasa PRU 2008, 871,050 pengundi keluar mengundi di Perak. Dari jumlah itu…seramai 443,113 mengundi PR manakala 400,487 mengundi BN.

Dari jumlah 443113 yang mengundi PR itu, hanya 130,000 merupakan ahli parti-parti dalam PR manakala 313,000 (70%) lagi merupakan mereka yang tidak berparti. Berapa ahli Pas, PKR dan DAP sekarang? Berapa yang masuk…dan berapa pula yang keluar?

Kajian Pemuda umno mendapati masih ramai lagi (62%) daripada Gen X dan Y masih tidak mahu menyertai mana-mana parti politik. Boleh baca kat sini

Mereka inilah yang akan menentukan sama ada PR akan ke Putrajaya atau BN terus berkuasa.

Pasai apa aku risau?

Dalam satu seminar untuk Petugas-Petugas Pusat Khidmat di satu kawasan Parlimen di Selangor kira-kira dua bulan lalu, aku meminta peserta menyenaraikan apakah program-program yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Memang banyak program yang telah dilaksanakan. Sampai tak larat aku nak tulis.

Mesra Usia Emas (MUE)
TAWAS
Bantuan untuk ibu tunggal
Tuisyen percuma
Biasiswa untuk pelajar masuk universiti
Air percuma
………..

Aku minta orang Selangor tolong sambung tuliskan program-program yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Selangor. Kemudian hangpa tolong asingkan program-program yang disenaraikan mengikut kumpulan umur yang mendapat manafaat dari program tersebut.

1. Mereka yang berumur lebih 60 tahun.
2. Mereka yang berumur antara 40-60 tahun.
3. Mereka yang berumur antara 21-40 tahun.

Dan kemudian hangpa bagi tau kat aku, apakah program yang telah dibuat, khusus untuk kumpulan umur 21-40 tahun!! Tak ada!!

Kemudian tanya kat Pulau Pinang dan Kedah. Kat Perak tak payah tanya sebab dah lingkup.

Kumpulan umur 21-40 terdiri dari Gen X dan Y. Mereka yang lahir antara 1970 hingga 1989. Ini adalah generasi Rock dan Hip-hop yang tidak wala kepada ideologi, tidak wala kepada ibu bapa, apatah lagi untuk wala’ kepada pemimpin politik.

No comments: