Nyata, keadaan sekarang mengizinkan pemerintah untuk menggunakan agama bagi menjustifykan segala macam idea-idea keji pemerintah tirani.
Marx mungkin menerobos masuk ke dalam tapis pemikiran agama-agama yang dilihatnya senang diguna dan disalah guna oleh seseorang individu atau pemerintah.
Mungkin Marx juga menyedari hakikat bahawa agama bukanlah suatu doktrin yang dicipta oleh manusia. Ia mungkin belum cukup bukti untuk mengatakan bahawa 'agama adalah candu masyarakat' melainkan hamburan kata-kata retorika buat penyedap pidatonya atau tulisannya.
Dia pernah mengemukakan hujah ini. "Manusia mencipta
agama -- agama tidak mencipta manusia."
Dalam makalah yang berjudul Agama, pemberontakan dan
reaksi tulisan Hazel Croft dari Socialist Worker, 15hb Disember 2001, Nombor 1779. Diterjemahkan oleh Muhammad Salleh, menyebut, "Marx mengatakan bahawa agama digunakan sebagai ejen penindasan, tetapi pada masa yang sama, ia meluahkan aspirasi mereka yang ditindas:
"Kedukaan
agama pada masa yang sama adalah peluahan kedukaan benar. Agama adalah keluhan binatang yang tertindas seperti juga ia merupakan jiwa dalam keadaan tidak berjiwa. Ia adalah candu masyarakat.
"Orang ramai memeluk agama kerana ia memenuhi keperluan dalam sebuah dunia yang dipenuhi persaingan, kesengsaraan dan penindasan. Dalam sebuah masyarakat yang dibahagikan oleh kelas, di mana kebanyakan orang tidak mempunyai kawalan ke atas kehidupan mereka, agama seolah-olah boleh memberikan jawapan.
"Kerana ini, idea-idea agama telah mendapat sokongan hebat semasa waktu-waktu kesusahan. Ini pernah berlaku semasa zaman perindustrian dan di kebanyakan negara-negara membangun pada hari ini." Ayat yang di awal tulisan ini bukanlah merujuk kepada agama, ajarannya atau penganutnya, cuma ia merupakan suatu peluahan oleh seorang manusia bernama Karl Marx. Dan ucapan itu sangat retorik.
Manipulasi agama -- tak kiralah kau agama Kristian, Buddha, Islam atau Hindu -- atau hegemoni agama dalam tangan-tangan pemerintahan amatlah susah hendak dilawan.
Lagi buruk jika ada 'nabi' -- sudah tentu maksum atau tidak melakukan dosa -- baru dalam ummat sekarang ini,"dalam model feudalisme, ada pihak berasa merekalah 'naqib usrah' (ketua) yang menurunkan keputusan-keputusan ‘siap pakai’ (ready-made), selepas siri-siri diskusi bersama dewa-dewa di langit, sementara kita hamba jelata yang hina-dina ini mengaminkan sahaja sabda-sabda mereka, janganlah pandai-pandai mempertikaikan!". (Tiada Noktah, malaysiakini.com 25 April tahun 2005)
Perkembangan dalam agama Islam amatlah menyedihkan, langsung membenarkan kata-kata Bung Marx – "Agama itu candu mayarakat". Ada rakaman filem yang berasal dari rakaman testimoni para pelaku bom Bali II.
Ada empat wajah yang muncul di dalam rakaman itu. Dan keepat-empat wajah itu menunjukkan reaksi yang pelbagai, tetapi semuanya sepakat memberikan alasan yang sama kenapa mereka melakukan bom bunuh diri – sesungguhnya Allah bersama-sama kami dan Allah juga turut turun ke medan tempur mengebom, membunuh ramai orang, melakukan kerosakan dan bermacam-macam lagi.
Seorang pelaku aksi bom itu sempat berpesan, "Untuk isteri dan keluargaku, ketika kalian menyaksikan video ini, saya sudah berada di dalam jannah (surga)!."
Wah sungguh pantas kamu ya.. berada di surga. Entah betul ataupun tidak -- mana kita tahu itu 'tugas' tuhan. Kalau nak tahu kau telefon tuhan di surga abadi.
Dan dia juga menambah: "Jika saya punya hutang, mohon dilunasi!" Ini sudah pasti tidak termasuk hutang-hutang penderitaan, nyawa, nama baik agama dan negara.
Seperti apa yang berlaku kepada adik kepada Dr. Azahari, Bani Yamin Husein, yang terpaksa menanggung malu dan rasa bersalah akibat perbuatan abangnya. Berkali-kali ia menangis dan meminta maaf kepada seluruh masyarakat Indonesia.
Makin jauh masyarakat dari agama makin terketar-ketar lutut mungkin mencari tempat berlindung.
Sudah natural, adat dunia manusia akan pantas mencari tempat perlindungan ketika dia susah. Tetapi barang diingat bahawa manusia juga pantas meninggalkan naturalnya, adat resam dunia mencari yang terlarang, tak mengikut tabie.
Yang pasti agama sudah tentunya [apa saja jenis agama -- bagaikan ia Islam, Buddha, Kristian atau Hindu] tidak menggalakkan kita, penganut agamanya [ika kau tidak mempunyai itu hak kau] untuk melakukan kekerasan kepada penganut agama lain.
Lagi yang menarik ialah pendapat oleh Dhani apabila ditanya wartawan
mstar onlinetentang pelbagai nama yang berunsurkan Yahudi seperti Holler terkandung di dalam ruangan kredit, "mengapa orang tidak tertanya-tanya mengapa saya
meletakkan nama Allah SWT serta Nabi Muhammad SAW yang utama di dalam senarai penghargaan saya?"
Dan dia menambah di dalam makalah yang sama, "tidak salah untuk Dhani mengucapkan penghargaannya kepada saudaranya yang berdarah German. Baginya juga, tidak ada salahnya menerima perbezaan agama secara positif asalkan dia tidak
meninggalkan agamanya sendiri."
Maka kata-kata oleh Bung Marx akan tidak menjadi kenyataan jika ramai yang menganggap bahawa agama hanyalah jalan kita menuju tuhan dan adalah menjadi hak seseorang individu memilih jalannya sendiri.
Agama akan menjadi candu apabila kita terlampau taksub memperjuangkan agama kita sehingga menyatakan agama orang lain itu salah.
Pelbagai jalan terbentang luas bagi kita mendaki menuju tuhan dan janganlah anggap bahawa jalan kita sahaja yang betul. Tanggungjawab kita sebagai makhluk tuhan biar tuhan sahaja yang menilai. Jika baik, baiklah ia.
2 comments:
Enjoyed a lot!
» »
That's a great story. Waiting for more. leather handbags discount swimsuits Redondo beach california web cam 2007 toyota corolla teeth whitening australia buy Hummer h2 remote control 16 scale Taking levitra cocaine Web developer eltham
Post a Comment