03 January 2006

Kau gembira aku sudah mati

Ketawa kau makin kuat
Sesekali terdengar kau mengilai
menggila
Seperti pontianak
Dalam filem PHSM II
Kau gembira
Bersuka ria

Waktu aku masih hidup
Aku kau anggap sebagai beban
Aku diibaratkan seperti
Gangguan Besar atau ‘Big Noise’
Yang dihantar kepada setiausaha agong WTO
Lewat beberapa hari
Selepas sidang di Hong Kong itu bermula

Kau bukan seperti King Kong
Yang mencintai Ann sehingga
Dia terbunuh

Kau juga bukan seperti Jack Dawson
Yang mencintai Rose Dawson sehingga
Dia mati
‘you jump I jump’

Tiada peran yang layak
Buat kau
Walau merata tempat
Kau pergi di dunia ini

Jelas, kau gembira
Dengan kematian aku
Hinggakan kau membuat majlis tahlil
Yang diikuti dengan sebuah pesta tarian
Yang sesuai ditarikan oleh anak-anak muda

Mungkin hari ini, hari kematian aku
Adalah hari paling menggembirakan kau
Belum pernah aku lihat wajah kau
Cantik berseri-seri seperti hari ini

sel 73

1 comment:

Anonymous said...

I have been looking for sites like this for a long time. Thank you! Tbc conferencing Healing rosacea Tallahassee dentist Lipitor discontinue teva north rim hiking boots Zithromax tinnitus