Showing posts with label majid. Show all posts
Showing posts with label majid. Show all posts

16 August 2010

Filem

Secara jujurnya aku memang minat filem. Walaupun secara hakikatnya aku tidak punya asas dalam filem... aku bukan pengkagum pengarah tersohor dari Iran -- Majid Majidi yang mengarah filem Children of Heaven, atau pembikin filem pendek untuk masuk dalam Maskara Shorties.

Aku suka untuk menghayati plot, mengkagumi watak dan perwatakan, meneka apa akan jadi nanti di akhir sesebuah filem dan membaca pelbagai ulasan daripada pelbagai macam jenis pengkritik.

Aku suka tonton filem yang berat-berat, yang ringan-ringan, yang bagus, yang macam bagus, dan yang tak bagus.  Bagi aku setiap filem patut dihargai, walaupun kau tidak suka akan filem tersebut, walaupun kau ngantuk gila nak layanm filem tersebut.dan walaupun tak ada John Travolta dalamnya, atau Morgan Freeman ataupun juga bukan filem arahan Quentin Tarantino.