16 August 2010
Filem
Aku suka untuk menghayati plot, mengkagumi watak dan perwatakan, meneka apa akan jadi nanti di akhir sesebuah filem dan membaca pelbagai ulasan daripada pelbagai macam jenis pengkritik.
Aku suka tonton filem yang berat-berat, yang ringan-ringan, yang bagus, yang macam bagus, dan yang tak bagus. Bagi aku setiap filem patut dihargai, walaupun kau tidak suka akan filem tersebut, walaupun kau ngantuk gila nak layanm filem tersebut.dan walaupun tak ada John Travolta dalamnya, atau Morgan Freeman ataupun juga bukan filem arahan Quentin Tarantino.
11 August 2010
Antara 2 Ceramah
Lain-lain penceramah Chang Ming Kai, Sivakumar dan Dr Lee Boon Chye. Tapi ceramah ni tak ada permit, tak secure.
Kedua pulak, ceramah Nizar kat Changkat Ibul. Orang mesti ramai kat sini. Tempat pun secure, buat kat Markaz Pas, Changkat Ibul.
Mula-mula aku ngn Anaz ingat nak pi niaga kat Sg Rokam... semua buku yang disediakan adalah buku untuk "target market" urban.
Dalam kereta, aku ngn Anaz berhujah yang mana satu patut pergi. Antara kawan-kawan dan Duit. Hehehehee... kami pilih duit! Kapitalis... cis. Sorry!
Lepas tu bagi msg kat M3M dan Otai Manjung... sorry tak jadi!
Anaz buat U Turn, terus pi Changkat Ibul.
Cerah Nizar isu biasa. Isu "rampas Perak" -- aku tak tau la kot-kot ada orang nak dengo citer ni. Tapi yang aku nampak, ramai orang yang suka dengo. Hahahahah... bak kata Abg Mat, itulah hiburan depa. Betul!
Tapi yang bestnya buku-buku dan komik-komik yang aku ngn Anaz jual, terjual... dan aku nampak minat depa yang sekarang ni sudah mula terbukak -- Nak cari buku-buku yang rare yang mencabar fikiran dan hati mau lapang.
09 August 2010
KL
Tapi Mat Jan sekarang, bukan macam Mat Jan yang dulu. Dia dah makin femes, femes dengan kawan-kawannya dan femes terutamanya dengan projek Maskara* diorang. Opps... chop... chop... cuma yang tak berubah adalah cara duduk dia.
Sekarang ni dia dah ada bini, dia punya bini mengandung anak sulong. Pergh... cepatnya masa berlalu.
Malam Sabtu lepas diorang ada event, Maskara Shorties dan aku sempatlah jugak tengok satu dua short movies yang diorang buat, sebelum Anaz ambek aku, untuk kami berdua ke Bukit Beruntung, pergi IKD... jumpa Farhan.
Sebelum tu, pergi ambek komik Isu dalam Kartun 1, 2, 3. kat Zunar. Pergh... hari mengambek buku.sedunia. Nyaris ada Anaz.
Sebelum tu lagi, aku lepak dengan Jimadie dengan kawan-kawan dia, ingat nak jumpa Meor tapi dia tengah berbusking pulak.
Lepak dengan Farhan dari IKDsampai 12:40 tengah malam. Katanya dia dah lama tak lepak, sembang-sembang sambil minum teh tarik sampai pagi. Lepas dari situ kami terus balik tu tuju ke Kuala..
05 August 2010
Kalut
Ya, apa pasal nak kalut-kalut.
02 August 2010
Jurang Generasi (Akhir)
Diketika Umno dan Pas sibuk dengan Harussani dan Hassan Ali. Diketika Lim Guan Eng sibuk dengan Nik Ali. Diketika Khalid Ibrahim sibuk dengan Noh Omar dan Khir Toyo. Dan ketika aku belum sempat habis dengan Jurang Generasi ini…tiba-tiba Anwar bercakap tentang Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya. (boleh baca kat sini)
Adakah Anwar mengigau disiang hari? Tidak juga sebab dia berceramah waktu malam. Adakah dia hanya hendak menakutkan BN? Tidak juga.
Anwar sudah dapat melihat apa yang akan berlaku dalam pilihanraya akan datang. Bukan dengan mendengar ramalan Pak Akop, tapi ia ada kaitan dengan Jurang Generasi ini. Biar aku habiskan siri akhir ini…lepas tu aku rehat dua tiga hari…kemudian sambung dengan “Langkah Ke Putrajaya.” Aku tak tau apakah yang ada dalam kepala Anwar, tapi aku rasa aku boleh baca sikit-sikit selepas mendengar ‘ceramah’ selama dua hari dari salah seorang tokoh reformasi. Siapa dia, nanti aku bagi tau. Aku nak habiskan siri ini dulu.
Jurang Generasi (2)
Setiap generasi berubah setiap 15 tahun dan tidak ada satu garis jelas yang memisahkan antara generasi-generasi ini. Diantara generasi, terdapat satu era transisi ataupun pertindihan.
Ada diantara mereka yang lahir sekitar 1960-61, tapi masih bersikap Boomers dan ada juga yang lahir sekitar 1958-59 tetapi tegolong dalam Gen X. Banyak bergantung kepada kemajuan setempat. Kalau dibandingkan dengan negara maju, perubahan generasi ini mungkin mengambil masa 5-10 tahun.
Sikap atau karektor yang terdapat bagi setiap generasi diatas adalah hasil kajian pasa sosiologist dan anthropologis dunia. Dan perubahan sikap ini selalunya diambil berat oleh syarikat-syarikat besar dalam membuat perancangan tentang apakah produk yang perlu dihasilkan dan bagaimanakah promosi sesuatu produk itu dibuat.
Jurang Generasi (1)
Masa aku kecik-kecik..(belum bersunat lagi), ayah aku beli radio transistor. First time dengar radio kat rumah, dan masing-masing berebut nak dengar radio.Masa tu sekitar tahun 1965-66….Tapi aku tak termasuk dalam perebutan itu sebab aku kecik lagi. Bila kakak aku cari stesyen yang pasang lagu A. Ramli, Sanisah Huri, A. Rahman Hassan…bapa aku merungut. Dia kata lagu entah-apa-apa. Bising!! Dia cuma layan lagu R. Azmi atau lagu P. Ramlee. Emak aku pulak diam saja..tak mau dengar apa-apa. Tapi pukul 7.30 malam, yang tu giliran dia dengar radio. Rancangan ‘Kebun Pak Awang.”
Kehidupan masa tu cukup simple. Semua orang tidur cepat. Pukul 9-10 malam dah tidur. Mungkin ada yang bangun tengah malam sembahyang Tahajud. Hasilnya, anak-anak ramai. Masa tu, pemikiran generasi bapa aku ialah, anak-anak adalah harta. Itu sebab masing-masing berlumba untuk mendapatkan anak yang ramai. Kalau isteri tak boleh beranak, depa cari isteri baru. Seorang bapa ada anak kadang-kadang sampai berbelas-belas.
27 November 2009
Espeearem
Dia meninggal akibat terjatuh daripada tingkat err.. err... 11 eh... bukan, daripada tingkat 14.
Yang best tempat itu adalah tempat interogasi atau tempat soal siat bagi Persatuan Penternak-penternak Ikan Sangkar (Espeearem).
Kendatipun sudah lama anak muda berbagsa Tionghua itu meninggal namun sedikit sebanyak pengaruh anak muda itu bertambah kuat, menidakkan kuasa penindasan yang buatkan dirinya jatuh terhempas sampai keluar darah menitik-nitik tangkala mayatnya diangkat masuk ke dalam stretcher.
Kuasa penindasan yang dimaksudkan tak lain, tak bukan, dari sang penguasa sangkar ikan yang buat trick melepaskan ikan-ikan dari dalam sangkar pada masa pemborong yang cekik darah nak mampos itu datang.
Ya, baru-baru ini kuburnya digali semula - semuanya pasal jam tangan doktor dari Siam tertinggal dalam perut Yeoh. Doktor itu yang diberikan taraf permastautin tetap oleh kerajaan negeri Selangor menyatakan dengan jelas bahawa Yeo mungkin diliwat sebelum kejadian bunuh terjun atau terterjun dari tingkat 14.
Doktor Siam itu yang cukup gaya funk semasa rugged tak ingat dengan penuh yakin kata Yeo bukan sengaja terjun tetapi ia diterjunkan dari tingkat 14. Dan suspek utama yang terjunkan Yeo adalah pegawai-pegawai dari Espeearem.
Yeoh Bik Hai memang seorang wira penegak keadilan dan keadilan untuk engkau.
Cerita bohong aka fitnah aka palsu aka tipu
Tak sempat aku ludah, kau dah ludah dulu. Ludah kau maha hebat. Bercampur dengan kahak hijau yang ada sedikit kuning, sungguh pekat, terkena tepat pada muka dia. Tapi sayang muka yang kau ludah itu cumalah gambar.
Gambar itu adalah sebahagian daripada kertas surat khabar yang menjadi tempat bungkus roti bom kedai Kak Bitah yang buat aku hangin pasal kena lama menunggu.
Mulanya niat kau meludah itu (aku tahu) kerana geram dengan customer service restoran tersebut, tetapi alih-alih bila kau tengok ada gambar Ir Nizar kat situ langsung marah kau pada restoran tersebut reda.
"Ah... buat apa aku main ludah-ludah dengan kau. Baik aku layan TV, lagi baik. Nak-nak lagi ada siaran berita. Termasuk jugaklah sikit propa. Argh... sewel!" Hati aku kata.
Terkeluar sikit kata-kata aku yang hujung itu. Mulanya ingin bermonolog sahaja dengan diri aku sendiri. Tapi hmmm...
Kau, "Sewel? Sape sewel. Aku, kau atau si bedebah dalam gambar tu." Merujuk pada gambar Razak Baginda, Najib Razak dan seorang wanita tak dikenali serupa macam Cina - matanya sepet. Kalau tak pun dari Cina, misti orang-orang dari sebelah sana.
Dan pada gambar Najib Razak mengalir kahak hijau asal kepunyaan kau.
19 April 2008
27 March 2008
Tribute to DSAI
18 March 2008
Rumah
Ok, ni pulak kata pembesar Kg. Talang Hilir, "jika rumah yang besar itu semakin usang dan tunggu masa nak menyembah bumi, lebih baik jika yang berada kat rumah besar itu pergi ke rumah yang kecil pula; akan direnovate rumah itu, diperbesar supaya lebih ramai yang bisa duduk."
13 March 2008
DAP-PAS-Perak
Tetapi politik beliau ternyata meleset. Ahli-ahli DAP sendiri menyatakan ketidak puasan hati dengan posting bahawa wakil-wakil dari DAP ingin memulaukan majlis itu, dengan menghantar kebanyakan komen di blognya -- http://limkitsiangblog.com/.
LKS pada mulanya menganggapkan bahawa penyokongnya akan mempersetujui hasratnya, tetapi akhirnya beliau dapat tahu bahawa segenap penyokong DAP sudah pun menolak 100% "racial based" politik.
Jadi, "test marketnya" menghasilkan sesuatu yang tak diduga -- para penyokongnya mengangkat wakil dari PAS parti yang memperjuangkan negara Islam, Melayu, sebagai MB Perak.
Dan aku berharap sangat bahawa PAS pula akan berkomporomi menggugurkan konsep negara Islam daripada perjuangannya. Eloklah kalau difikirkan konsep negara yang diredhai Allah, yang diilhamkan oleh Rashid Ghannouchi. Seorang ulama terkenal dari Tunisia
Syed Hussin Ali dari PKR kata mereka akan ancam keluar dari pakatan jika pengagihan exco, 8 kepada DAP dan masing-masing satu kepada PKR dan PAS diteruskan.
Apakah ini satu lagi politiking dari pakatan pembangkang. Kerana untuk mengelakkan dari kehilangan sokongan dari kaum melayu maka PKR mengeluarkan kenyataan itu. Entah betul atau tidak anggapan itu, cuma aku harapkan pakatan Barisan Rakyat akan terus memerintah negeri ini. Jika report card mereka kurang memuskan maka kita sebagai pengundi berhak menggunakan kuasa kita untuk menukar kerajaan.
Cuma yang jadi persoalannya ialah kewujudan dua jenis laporan. Laporan yang pertama dari malaysiakini dan laporan ke dua dari suarakeadilan. Mungkin wartawan kedua-dua belak pihak punyai motif tersendiri berbuat demikian.
kemas kiniIni petikan dari siasahdaily: Ketika dihubungi Siasah, Ketua Penerangan PKR, Tian Chua memaklumkan bantahan itu dibuat kerana PKR seolah-olah tidak ada sebarang kerusi dalam kerajaan Perak yang baru itu.Namun beliau mengaku taburan 6:3:1 dalam Exco yang baru beliau ketahui itu adalah taburan yang sangat sesuai dan boleh diterima. [Angkat sumpah MB Perak batal lagi kerana salah faham]
Ini petikan dari klpos.com: DALAM satu perkembangan menarik, KLpos.com dimaklumkan bahawa formula baru sedang dicapai dalam memecah kebuntuan membabitkan perlantikan Menteri Besar Perak dan barisan exconya. Sumber memberitahu, formula sebelum ini iaitu lapan exco dari DAP, dan masing-masing satu untuk PAS dan PKR dirombak dengan komposisi, empat DAP, 3 PKR dan 1 PAS. Menurut sumber terbabit, langkah itu dilaksanakan berikutan keprihatinan tinggi Istana terhadap permintaan DAP supaya lapan jawatan exco diberikan kepada parti terbabit selepas menyerahkan jawatan Menteri Besar Perak kepada wakil PAS.[Eksklusif: 4:3:1 Formula baru exco Perak]
Ini petikan dari harakahdaily: Majlis angkat sumpah Menteri Besar yang ke-10 yang dijadualkan jam 4.00 petang tadi ditangguhkan sementara atas sebab-sebab taknikal. Demikian dinyatakan oleh Ketua Penerangan PAS Perak, Misbahul Munir Masduki, dalam satu pertemuan dengan wartawan Harakah di pejabat PAS Negeri hari ini.
Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dijadualkan mengangkat sumpah pada hari ini jam 4.00 petang di Istana Iskandariah Kuala Kangsar. [Majlis angkat sumpah Menteri Besar Perak ditangguhkan atas sebab teknikal]
The S T A T U S Q U O is already subverted
09 March 2008
Nafikan 2/3
02 March 2008
Kita Tipu Melayu - VK Lingam & Tun Dr. Mahathir
Nafikan 2/3
01 March 2008
Menarik lagu ni: Pak La La...
S U B V E R T the S T A T U S Q U O
28 February 2008
Ni Lagi Tipu
Ada orang tu berjanji, melalui anak buahnya yang berada di jabatan yang sama dengannya, bahawa dia akan mendedahkan, menahan, menangkap serta membicarakan 18 orang yang berprofil tinggi yang terlibat dengan rasuah sejurus sebelum pilihan raya tahun 2004.
Untuk nota, tak sampai 10 orang yang berprofil tinggi pun yang telah didedahkan, disabit dengan kesalahan rasuah.
Jadi oleh itu, boleh aku rumuskan bahawa orang ni tipu.
Kata anak-anak sedara aku, "tipu dosa besar, masuk api neraka!"
16 February 2008
Tipu Lagi
petikan malaysiakini
"Lupakan Anwar Ibrahim. Dia tidak ada apa-apa." -- Pak Lah
14 February 2008
Tipu
Bubar. Tak bubar. Bubar.