16 August 2010

Filem

Secara jujurnya aku memang minat filem. Walaupun secara hakikatnya aku tidak punya asas dalam filem... aku bukan pengkagum pengarah tersohor dari Iran -- Majid Majidi yang mengarah filem Children of Heaven, atau pembikin filem pendek untuk masuk dalam Maskara Shorties.

Aku suka untuk menghayati plot, mengkagumi watak dan perwatakan, meneka apa akan jadi nanti di akhir sesebuah filem dan membaca pelbagai ulasan daripada pelbagai macam jenis pengkritik.

Aku suka tonton filem yang berat-berat, yang ringan-ringan, yang bagus, yang macam bagus, dan yang tak bagus.  Bagi aku setiap filem patut dihargai, walaupun kau tidak suka akan filem tersebut, walaupun kau ngantuk gila nak layanm filem tersebut.dan walaupun tak ada John Travolta dalamnya, atau Morgan Freeman ataupun juga bukan filem arahan Quentin Tarantino.

11 August 2010

Antara 2 Ceramah

Malam semalam ada dua ceramah sebelum permulaan Ramadhan, yang satu ceramah kat Sg Rokam, Pentas Anak Muda. Ceramah yang ini, Sya jadi penceramah -- nak jugak tengok dia berceramah. Orang kata dia berceramah hebat. Sampai ada yang tersilap, ingat dia anak Anwar. Perghh... Sya.

Lain-lain penceramah Chang Ming Kai, Sivakumar dan Dr Lee Boon Chye. Tapi ceramah ni tak ada permit, tak secure.

Kedua pulak, ceramah Nizar kat Changkat Ibul. Orang mesti ramai kat sini. Tempat pun secure, buat kat Markaz Pas, Changkat Ibul.

Mula-mula aku ngn Anaz ingat nak pi niaga kat Sg Rokam... semua buku yang disediakan adalah buku untuk "target market" urban.

Dalam kereta, aku ngn Anaz berhujah yang mana satu patut pergi. Antara kawan-kawan dan Duit. Hehehehee... kami pilih duit! Kapitalis... cis. Sorry!

Lepas tu bagi msg kat M3M dan Otai Manjung... sorry tak jadi!

Anaz buat U Turn, terus pi Changkat Ibul.

Cerah Nizar isu biasa. Isu "rampas Perak" -- aku tak tau la kot-kot ada orang nak dengo citer ni. Tapi yang aku nampak, ramai orang yang suka dengo. Hahahahah... bak kata Abg Mat, itulah hiburan depa. Betul!

Tapi yang bestnya buku-buku dan komik-komik yang aku ngn Anaz jual, terjual... dan aku nampak minat depa yang sekarang ni sudah mula terbukak -- Nak cari buku-buku yang rare yang mencabar fikiran dan hati mau lapang.

 

09 August 2010

KL

Lama dah tak jumpa Mat Jan.  Agak-agak dah dekat lima tahun dah.

Tapi Mat Jan sekarang, bukan macam Mat Jan yang dulu.  Dia dah makin femes, femes dengan kawan-kawannya dan femes terutamanya dengan projek Maskara* diorang.  Opps... chop... chop... cuma yang tak berubah adalah cara duduk dia. 

Sekarang ni dia dah ada bini, dia punya bini mengandung anak sulong.  Pergh... cepatnya masa berlalu.

Malam Sabtu lepas diorang ada event, Maskara Shorties dan aku sempatlah jugak tengok satu dua short movies yang diorang buat, sebelum Anaz ambek aku, untuk kami berdua ke Bukit Beruntung, pergi IKD... jumpa Farhan.

Sebelum tu, pergi ambek komik Isu dalam Kartun 1, 2, 3. kat Zunar.  Pergh... hari mengambek buku.sedunia.  Nyaris ada Anaz.

Sebelum tu lagi, aku lepak dengan Jimadie dengan kawan-kawan dia, ingat nak jumpa Meor tapi dia tengah berbusking pulak.

Lepak dengan Farhan dari IKDsampai 12:40 tengah malam.  Katanya dia dah lama tak lepak, sembang-sembang sambil minum teh tarik sampai pagi.  Lepas dari situ kami terus balik tu tuju ke Kuala..

05 August 2010

Kalut

Apa pasal nak kalut -- lupakan sekejap Luna Maya dan Ariel Peter Porn Pan dengan video seks depa; biar saja polis yang setelkan, lupa juga sekejap pasal Tun Ling Liong Sik yang mengadap mahkamah akibat kes pecah amanah; PKFZ, baik lupakan sekejap pasal transfer window bolasepak EPL yang dah nak tutup -- Tenangkan hati.  Tenangkan diri.

Ya, apa pasal nak kalut-kalut.

02 August 2010

Jurang Generasi (Akhir)

Oleh MSK

Diketika Umno dan Pas sibuk dengan Harussani dan Hassan Ali. Diketika Lim Guan Eng sibuk dengan Nik Ali. Diketika Khalid Ibrahim sibuk dengan Noh Omar dan Khir Toyo. Dan ketika aku belum sempat habis dengan Jurang Generasi ini…tiba-tiba Anwar bercakap tentang Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya. (boleh baca kat sini)

Adakah Anwar mengigau disiang hari? Tidak juga sebab dia berceramah waktu malam. Adakah dia hanya hendak menakutkan BN? Tidak juga.

Anwar sudah dapat melihat apa yang akan berlaku dalam pilihanraya akan datang. Bukan dengan mendengar ramalan Pak Akop, tapi ia ada kaitan dengan Jurang Generasi ini. Biar aku habiskan siri akhir ini…lepas tu aku rehat dua tiga hari…kemudian sambung dengan “Langkah Ke Putrajaya.” Aku tak tau apakah yang ada dalam kepala Anwar, tapi aku rasa aku boleh baca sikit-sikit selepas mendengar ‘ceramah’ selama dua hari dari salah seorang tokoh reformasi. Siapa dia, nanti aku bagi tau. Aku nak habiskan siri ini dulu.