23 October 2006
Raya
Maaf zahir batin...
Ikhlas
Sejak petang hari Jumaat itu hari, jalan depan rumah aku dah mula sesak. Kereta rapat2. Macam ni ha [sambil tunjuk isyarat tangan, jalan sesak]. Aku agak lepas raya baru nak lengang. [lepas raya maksud aku, pada Isnin, yang satu lagi -- minggu depan]
Esok ada sehari lagi nak buat persiapan raya. Mana yang terkurang, eloklah dilebihkan. Baik cargas.
Diam tak diam, dah lebih dua tahun dah aku sambut raya dengan keadaan macam ni. Tiga kali raya.
Dan dalam masa lebih dua tahun nilah -- tiga kali raya -- aku belajar. Tenang. Ikhlas. Boleh kawal diri. Namun aku sedar, yang aku cuma berjaya ambil setetes dari ilmu tenang. Ilmu ikhlas. Dan ilmu kawal diri. Banyak lagi yang perlu aku belajar.
Alangkah baiknya, kalau aku jadi macam Nak Fandi -- berjaya kuasai ilmu ikhlas tanpa disedarinya, Haji Romli pun tidak kuasai semacam mana yang dia kuasai.
Ikhlas, itu kata suci, bagi aku. Suara sepenuh hati. Yang tak mungkin seseorang manusia mampu menilainya.
22 October 2006
Revolusi
Sebenarnya sudah lama proses asimilasi melibatkan ideoloji-ideoloji ini terjadi. [Maksud aku proses asimilasi antara paham komunis dan paham kapitalis].
Kalau kau lihat pada awal kemunculan ideoloji komunisma Georg Wilhelm Friedrich Hegel adalah kawan Karl Marx itu sendiri.
Dia sememangnya sorang kapitalis 'tegar' atau dalam bahasa lainnya disebut kaum kanan. Seorang bangsawan negara Jerman yang ternama.
Tidakkah kau ragu bahawa ideoloji komunisma telah bercampur baur dengan ideoloji yang berasaskan buku The Wealth of Nation, kapitalisma dan liberalisma.
Di dalam bidang literatur pula kau boleh lihat Albert Camus berjaya memeningkan rakyat dunia hari ini. Mana satu pikirannya terletak, pada sebelah kanan atau pada sebelah kiri?
Entah.
Camus menggoda masyarakat seluruh dunia dengan literaturnya [yang sebelum itu tak pernah menunjukkan 'keseksiannya'].
Camus bagaikan orang yang berhaluan kiri.
Ada yang menampal tag 'kiri' kepada batang tubuhnya.
Namun sesetengah peminat literatur juga menjadikannya orang kanan. Ekstrem kanan.
Dia ditanda dengan double sided tag walaupun dia sendiri tidak mahu perkara itu terjadi.
Jurgen Habermas juga turut mempunyai double sided tag. Beliau yang komited memperjuangkan demokrasi di Asia, mengangkat pemikiran Marxis-ortodok, demokrasi liberatif dan turu menjulang nama-nama besar intelektual dunia di dalam tesisnya. Jurgen Habermas yang lahirkan pada 1929 di Jerman merupakan seorang yang prolifik dari golongan Jenerasi Kedua Sekolah Frankfurt.
Di dalam bidang agama, Hassan Hanafi juga ada memperkatakan tentang kiri dan kanan dalam bukunya Madza Ya'ni al-Yasar al-Islamy (Kiri Islam). Tetapi gagasannya itu (buku tersebut) dipandang serong oleh umat Islam sendiri. Dia dituduh mencipta sebuah mazhab baru -- yang dinafikan kemudian olehnya.
Dia menegaskan, bahawa gagasannya itu adalah dari sumber kelas yang berkait rapat dengan pemikiran Marxisma-Leninisma, namun di samping itu, beliau juga turut menyokong liberal, demokrasi atau apa sahaja yang dipromosikan oleh kaum kanan.
Nampaknya tiada lagi blok komunis atau kapitalis pada era millenium ini.
Revolusi yang menjadi slogan utama kaum kiri, kini telah menjadi platform [juga] untuk kaum kanan.
Mereka seiring dalam melaungkan "letak jawatan kuku besi" atau "pergi mampos diktator".
Pilihan
"Dan mungkin adil bagi Presiden Ariel Sharon untuk menyerang lubnan. Keadilan harus dicari. Selagi tak dibebaskan polis-polis Israel itu, selagi itulah Lubnan akan diporak perandakan.
"Kita boleh bermungkin-mungkin. Kita boleh berkalau-kalau."
[untuk bacaan selanjutnya sila ke sini, esei penuh di sini]
18 October 2006
Waktu itu Kau hidup!
hidup.
Waktu itu.
Kau nyalakan
cahaya
dalam hatiku
yang sudah hampir terpadam.
Di saat aku menerima khabar buruk
Kau sambut aku dengan kebahagian.
Di saat aku putus harap
Kau sambungkan pengharapan untuk aku
Apa lagi yang aku mahukan?
Kadang-kadang tertanya juga aku,
mengapa aku dibesarkan sebagai seorang manusia
sebagai seorang Ahmad Zulfikar.
Mungkin ada maksudnya yang
aku tak tahu.
Cuma ada satu yang aku harapkan.
Berilah aku barang satu lagi peluang.