30 August 2006
Pasal Merdeka
Terima kasih untuk pejuang2 merdeka. Aku tak mahu terjajah lagi. Biarlah minda aku terjajah [mungkin?], jangan ada lagi penjajah baru. Sukarnya beribadah, berriadah atau menikmati hidup yang sementara ini dengan tenang. Cukuplah...
29 August 2006
Siti-Mawi-Ina
Sekejap tukar TV3. Sekejap tukar RTM1. Hari ni aku akan ingat sampai bila2. Sama macam aku ingat filem Mad City lakonan aktor favret aku -- John Travolta dan Dustin Hoffman.Watak lakonan John Travolta tak bersalah, tapi ada kuasa lain yang membuatnya nampak seperti bersalah. Tapi ada juga yang menyokongnya.
Tapinak buat macam mana, sekarang kita berada dalam sistem kapitalis yang berorientasikan keuntungan [dan kebebasan]. Nak harapkan sistem komunis atau sistem yang rapat dengan sosialisma, ntahlah -- sekarang ni dia suruh adik dia pangku jawatan Presiden pulak. Takde model yang sesuai. Venezuela. Sepanyol. Still bergantung lagi pada sistem kapitalisma. Takde contoh yang terbaik.
Stigma buruk yang melekat kat kapitalisma cukup kuat. Aku tahu sejak perhimpunan kat Seattle beberapa tahun sudah, atau apa saja perhimpunan yang sebelumnya, caci maki dihamburkan dicaci, pada sistem yang satu ini. Kenapa orang benci sangat dengan sistem ini, tak tahulah.
Antara 'barangan' yang dijaja oleh kapitalisma adalah demokrasi, globalisasi dan liberalisma. 'Barangan2' ini bisa memberikan kita pilihan, kita bebas memilih. 'Barangan2' ini memberikan advantage kepada fundamentalis agama, pemberontak sayap kiri dan pembangkang.
Cuma Malaysia bukan contoh negara kapitalisma yang baik. Media, bisnes, sukan dan hiburan masih lagi dipegang kerajaan. Dan aku lihat semacam negara ini mahu pergi ke arah sistem komunisma satu parti!
28 August 2006
Selsema Thaksin
Selsema burung sudah lama berakhir. Meragut nyawa jiran2 terdekat kita. Thailand. Indonesia.Thaksin, PM Thailand. Dulu meletak jawatan. Tup tap tup tap dia jadi PM balik.
Kali ni ada virus baru muncul. Selsema Thaksin. Aku risau, kalau2 virus ini telah berjangkit pada bekas PM kita, DR M.
Tapi yang paling aku mualkan tindakan PAS -- sanjung tinggi Dr M. Mungkin majlis fatwa PAS dah tarik balik gelaran Mahazalim n Mahafiraun daripada Dr M. Takpun PAS mungkin dah keluar fatwa baru, Mahazalim atau Mahafiraun disanjung tinggi.
19 August 2006
Four to the Flour
Sharifah Amani kata, "I would sound stupid if I were to speak in Malay."
Wo, keterlaluan gak ucapannya. Tahulah kau nak berterus terang. Maksud kau dalam filem tu aku cakap bahasa Inggeris takkanlah kat sini aku nak kena cakap Melayu. Nampak bodoh pulak aku nanti. Mungkin itu yang kau fikirkan.
Frankly said, kau ni jujur sangat. Mungkin.
Tapi takkan lah itu kau nak jadi alasan kot. Tapi takpe, kita bangsa manusia. Kau buat silap. Mintak maaf. Janji tak buat lagi. Then, kita yang sebagai bangsa manusia juga, patut memaafkan.
Dan lagi Sharifah Amani kata, "If the film mencemar budaya, let's do it more often.''
Itu aku sokong. Kalau betul Gubra mencemar budaya, jangan henti keluarkan filem semacam ini. Teruskan.
Sekejap macam orang stupid, sekejap macam orang pandai!
p/s - minggu depan Paloh kat TV1, 10 mlm, hari Khamis.
Wo, keterlaluan gak ucapannya. Tahulah kau nak berterus terang. Maksud kau dalam filem tu aku cakap bahasa Inggeris takkanlah kat sini aku nak kena cakap Melayu. Nampak bodoh pulak aku nanti. Mungkin itu yang kau fikirkan.
Frankly said, kau ni jujur sangat. Mungkin.
Tapi takkan lah itu kau nak jadi alasan kot. Tapi takpe, kita bangsa manusia. Kau buat silap. Mintak maaf. Janji tak buat lagi. Then, kita yang sebagai bangsa manusia juga, patut memaafkan.
Dan lagi Sharifah Amani kata, "If the film mencemar budaya, let's do it more often.''
Itu aku sokong. Kalau betul Gubra mencemar budaya, jangan henti keluarkan filem semacam ini. Teruskan.
Sekejap macam orang stupid, sekejap macam orang pandai!
p/s - minggu depan Paloh kat TV1, 10 mlm, hari Khamis.
18 August 2006
Di Wajahmu Kulihat Bulan
Ramai orang tahu yang Triple H, The Rock, Batista, Stone Cold, Chris Jerico, Undertaker, Kane, Khali dan lain2 pro wrestler berlakon. Gerak mereka dikareograf. Skrip mereka ditulis. Sape menang, sape kalah. Tapi masih ramai juga yang percaya apa yang ditayangkan di tv adalah betul. Tidak berlakon. Tidak dikareograf. Tiada skrip.Lagi yang menarik, mereka yang tahu pun ia berlakon tetap terus saksikan program tersebut. Ada yang siap menunggu di depan tv -- di rumah mahu pun di kedai makan. Menyusahkan betulla orang nak tengok bola pun susah.
Setiap manusia akan mengecewakan dan dikecewakan oleh manusia lain. Tu pun terpulanglah pada setiap manusia, caranya bermasyarakat. Bersosial.
Namun sebagai manusia, mengikut hukum alamnya kita harus memaafkan. Walaupun dah tahu yang WWE [tu pasal guna WWE, kalau tak tuko Entertainment kat ujung dier, kalau kekel persatuan sukan, tax dia mungkin tinggi. Jadi, nak jimat punya kes tukola daripada WWF ke WWE] tu cuma berlakon, tapi still lagi kita boleh tengok [kalau kau tahu WWE berlakon dan kau tengok], kerana memaafkan itu suatu hukum alam yang baik.
Subscribe to:
Posts (Atom)