05 July 2006

Ulasan pra perlawanan separuh akhir: Portugal v Perancis


Les Bleus atau Skuad Biru memiliki trek rekod yang baik pada perlawanan persabatan sebelum ini: 4/4 menang. Mereka tidak pernah bertemu sebelum ini di pertandingan Piala Dunia, namun seperti lain-lain pasukan mereka mahukan menang dan layak ke perlawanan akhir. Bagi Portugal ini yang pertama kalinya.

Portugal mengharapkan sejarah baru akan tercipta di Munich pagi nanti (waktu Malaysia), di mana mereka mampu layak buat pertama kalinya ke perlawanan akhir FIFA Piala Dunia.

Portugal di bawah jurulatih Brazil, akan meneruskan tradisi samba yang manemui titik nokhtah apabila tewasnya pasukan Brazil.

'Zizou', Ribery, Henry, Viera, Sagnol, Thuram, Makalele dan Trzeguet mungkinkah akan menyinar pada pagi ini. Mungkinkah juga sinaran mereka bakal membayangi sinaran Christiano Ronaldo, Figo, Ricardo, Pauleta dan Deco.

Ulasan pasca perlawanan separuh akhir: Jermani v Itali


Permainan awal pagi tadi (waktu Malaysia), sedikit terbuka. Dengan aksi daripada kedua-dua buah skuad menyerang. Jerman yang melolosi pertahanan kental Itali dilihat tiada penyudahnya.

Akibatnya dua gol lewat perlawanan menjarakkan jurang di antara mereka. Perlawanan, jelas, seimbang. Stadium Dortmund yang menjadi antara kubu kuat Jerman akhirnya dirobek.

Jerman yang mempunyai rekod cemerlang mengambil sepakan penalti (berjaya 17/18) seakan menunggu perlawanan tambahan masa tamat. Namun, sebaliknya yang berlaku.

Sekali lagi, bahagian pertahanan Marcello Lippi bertindak cemerlang dan tindakan cemerlang itu diakhiri dengan kecermelangan penjaga gol mereka, Buffon (yang cuma membenar bola bolos sebanyak satu gol di kejohanan ini).

04 July 2006

Ulasan Pra perlawanan separuh akhir: Jermani v Italy

Semuanya bagai sudah ditakdirkan. Pasukan tuan rumah tertulis sebagai pasukan yang akan menentang pasukan Azzuri pagi ini. Jermani yang suatu masa dahulu dikenali sebagai pasukan 'kerta kebal' di Eropah, kini menikmati masa perubahan di bawah jurulatih Jurgen Klinsman. Rekod tanpa kalah pasukan ini di Piala Dunia kali ini membuatkan mereka menjadi pilihan utama bagi kebanyakkan peminat bola sepak suluruh dunia.

Namun begitu, skuad Azzuri tidak patut dilupakan. Juga diminati oleh kebanyakkan peminat bola sepak dunia, mempunyai rekod cemerlang dalam setiap perlawanannya menentang Jermani. Marcello Lippi jurulatih skuad itu, jelas mempunyai perancangannya yang tersendiri.

Malam ini akan menyaksikan dua watak hebat mewakili dua negara bertemu. Jurgen Klinsman bagai mewakili kaum muda dan Marcello Lippi mewakili kaum tua. Dan malam ini juga bagai membuktikan siapa yang terbaik. Kaum muda yang berrevolusi dan kaum tua yang penuh berpengalaman.

Miroslav Klose mengetuai jentera serangan Jermani manakala Francesco Totti mengepalai jentera serangan Itali.

Dan pada pukul 3 pagi nanti akan terbuktilah taktik daripada jurulatih manakah yang terbaik. Jermani dan Itali akan bertemu buat kali ke lima bagi kejohanan Piala Dunia FIFA.

Jens Lehman di bahagian bawah akan menjaga gawang Jerman dan Gianluigi Buffon akan menghalang jentera serangan Itali, yang diketuai oleh Francessco Totti. Kecermelangan Lehman di bahagian bawah, ketika perlawanan suku akhir tempoh hari bagai racun yang bakal meracuni pasukan Itali.

Luca Toni, Zamboratta, Gattuso, Canavora, Del Peiro, Inzaghi, Matterazi dan Perrota bakal menggegarkan Klose, Schneider, Podolski, Ballack, Neuville dan Lahm.

03 July 2006

Perancis bukan tandingan Brasil

Perancis telah membuktikan, ketahanan mental mereka mampu merobek pertahanan kental Brasil yang diketuai oleh Dida. Semuanya bagaikan sejarah bagi Brasil dan sejarah itu sejarah hitam.

Dan manakala Thierry Henry pula menikmati sejarahnya yang tersendiri, sejarah manis. Di kala Brasil menyerap serangan Perancis, Thierry Henry menjadi pemusnah.

Perlawanan yang dijangka akan dipenuhi dengan serangan, nyata dipenuhi dengan bola hanya berlegar di kawasan tengah.

Brasil tidak mampu lagi untuk membalas dendam kehebatan Perancis tahun 1998. Bagai mengingatkan pada perlawanan akhir tahun tersebut, perlawanan suku akhir ini menjadi titik hitam buat Brasil.

Tabik untuk Perancis. Tabik untuk King Henry.

29 June 2006

Brazil bukan tandingan Ghana

Seperti yang kita semua sedia maklum, Brazil merupakan penyandang juara. Sudah dua kali mereka menjadi juara. Jika mereka menang sekali lagi pada tahun ini, maka mereka pasukan pertama menjadi hat-trick untuk menjuarai kejohanan itu.

Lewat malam kelmarin, waktu Malaysia mereka meneruskan perjalanan mereka ke final tanpa perlu berhadapan dengan pesaing yang mantap. Ghana yang baru pertama kali layak, nyata merupakan pasukan kerdil bagi Brazil. Tanpa perlu bermain dengan sempurna mereka berjaya mengalahkan Ghana 3 - 0.

Tanpa kelibat Michael Essien daripada kelab terkemuka Chelsea, jelas Ghana kelihatan goyah di bahagian tengah. Walaupun begitu mereka masih mampu membuat serangan-serangan yang sesekali boleh bikin hati para penyokong Brazil berdebar, tetapi malangnya serangan tersebut tumpul, tiada penyudah dan tidak berkesan.

Ghana yang kalah dengan Brazil tidak dapat memenuhi hajat mereka untuk mara ke suku akhir. Namun pencapaian memasuki pusingan knock out kali ini, memang di luar jangkaan mereka.

Brazil yang menang perlawanan ini, akan bertemu dengan Perancis, di suku akhir. Perlawanan dijangka hebat memandangkan perlawanan itu merupakan perlawana balas dendam bagi final World Cup 1998.

Kita nantikan sahaja keputusannya.