04 July 2006

Ulasan Pra perlawanan separuh akhir: Jermani v Italy

Semuanya bagai sudah ditakdirkan. Pasukan tuan rumah tertulis sebagai pasukan yang akan menentang pasukan Azzuri pagi ini. Jermani yang suatu masa dahulu dikenali sebagai pasukan 'kerta kebal' di Eropah, kini menikmati masa perubahan di bawah jurulatih Jurgen Klinsman. Rekod tanpa kalah pasukan ini di Piala Dunia kali ini membuatkan mereka menjadi pilihan utama bagi kebanyakkan peminat bola sepak suluruh dunia.

Namun begitu, skuad Azzuri tidak patut dilupakan. Juga diminati oleh kebanyakkan peminat bola sepak dunia, mempunyai rekod cemerlang dalam setiap perlawanannya menentang Jermani. Marcello Lippi jurulatih skuad itu, jelas mempunyai perancangannya yang tersendiri.

Malam ini akan menyaksikan dua watak hebat mewakili dua negara bertemu. Jurgen Klinsman bagai mewakili kaum muda dan Marcello Lippi mewakili kaum tua. Dan malam ini juga bagai membuktikan siapa yang terbaik. Kaum muda yang berrevolusi dan kaum tua yang penuh berpengalaman.

Miroslav Klose mengetuai jentera serangan Jermani manakala Francesco Totti mengepalai jentera serangan Itali.

Dan pada pukul 3 pagi nanti akan terbuktilah taktik daripada jurulatih manakah yang terbaik. Jermani dan Itali akan bertemu buat kali ke lima bagi kejohanan Piala Dunia FIFA.

Jens Lehman di bahagian bawah akan menjaga gawang Jerman dan Gianluigi Buffon akan menghalang jentera serangan Itali, yang diketuai oleh Francessco Totti. Kecermelangan Lehman di bahagian bawah, ketika perlawanan suku akhir tempoh hari bagai racun yang bakal meracuni pasukan Itali.

Luca Toni, Zamboratta, Gattuso, Canavora, Del Peiro, Inzaghi, Matterazi dan Perrota bakal menggegarkan Klose, Schneider, Podolski, Ballack, Neuville dan Lahm.

03 July 2006

Perancis bukan tandingan Brasil

Perancis telah membuktikan, ketahanan mental mereka mampu merobek pertahanan kental Brasil yang diketuai oleh Dida. Semuanya bagaikan sejarah bagi Brasil dan sejarah itu sejarah hitam.

Dan manakala Thierry Henry pula menikmati sejarahnya yang tersendiri, sejarah manis. Di kala Brasil menyerap serangan Perancis, Thierry Henry menjadi pemusnah.

Perlawanan yang dijangka akan dipenuhi dengan serangan, nyata dipenuhi dengan bola hanya berlegar di kawasan tengah.

Brasil tidak mampu lagi untuk membalas dendam kehebatan Perancis tahun 1998. Bagai mengingatkan pada perlawanan akhir tahun tersebut, perlawanan suku akhir ini menjadi titik hitam buat Brasil.

Tabik untuk Perancis. Tabik untuk King Henry.

29 June 2006

Brazil bukan tandingan Ghana

Seperti yang kita semua sedia maklum, Brazil merupakan penyandang juara. Sudah dua kali mereka menjadi juara. Jika mereka menang sekali lagi pada tahun ini, maka mereka pasukan pertama menjadi hat-trick untuk menjuarai kejohanan itu.

Lewat malam kelmarin, waktu Malaysia mereka meneruskan perjalanan mereka ke final tanpa perlu berhadapan dengan pesaing yang mantap. Ghana yang baru pertama kali layak, nyata merupakan pasukan kerdil bagi Brazil. Tanpa perlu bermain dengan sempurna mereka berjaya mengalahkan Ghana 3 - 0.

Tanpa kelibat Michael Essien daripada kelab terkemuka Chelsea, jelas Ghana kelihatan goyah di bahagian tengah. Walaupun begitu mereka masih mampu membuat serangan-serangan yang sesekali boleh bikin hati para penyokong Brazil berdebar, tetapi malangnya serangan tersebut tumpul, tiada penyudah dan tidak berkesan.

Ghana yang kalah dengan Brazil tidak dapat memenuhi hajat mereka untuk mara ke suku akhir. Namun pencapaian memasuki pusingan knock out kali ini, memang di luar jangkaan mereka.

Brazil yang menang perlawanan ini, akan bertemu dengan Perancis, di suku akhir. Perlawanan dijangka hebat memandangkan perlawanan itu merupakan perlawana balas dendam bagi final World Cup 1998.

Kita nantikan sahaja keputusannya.

06 May 2006

Nabi dan tuhan

"Cuma nabi dan tuhan yang boleh menghukum seseorang itu sesat atau kafir." -- Ahmad Dhani, Galaksi, 8:30 malam, TV9, 5/5/2006.

01 May 2006

Belasungkawa II

Buat Pramoedya Ananta Toer, hayatilah bait-bait puitis lagu daripada Iwan Fals berjudul Hadapi Saja [jika kau mampu memdengar atau membacanya], "Relakan yang terjadi/Takkan kembali/Ia sudah milikNya/Bukan milik kita lagi."

Lagi, "Tak perlu menangis/Tak perlu bersedih/Tak perlu, tak perlu sedu sedan itu/Hadapi saja"

Dan, "Hilang memang hilang/Wajahnya terus terbayang/Berjumpa di mimpi/Kau ajak aku untuk menari, bernyanyi/Bersama bidadari malaikat dan penghuni surga"

Mungkin pada malam ini aku akan bermimpi. Berjumpa dengan dirimu di dalam mimpi itu. Dan pada waktu itu aku akan mempelawa engkau untuk menari, bernyanyi dan mungkin juga bersiul bersama bidadari, malaikat dan penghuni syurga.

RIP Pramoedya Ananta Toer.