07 March 2006

Kirimkan aku khabar gembira [lagi]

Hari tu dia hantar SMS. Bertanya khabar dan memberitahu perihal diri. Entah apa mimpinya menghantar SMS kepada aku, aku pun tak tahu. Mungkin hendak membalas SMS aku yang tak dibalasnya. Kalau masa tu dia takde kredit -- mungkin, kali ni aku pulak yang takde kredit -- pasti.

Terukir senyuman aku selepas membaca SMSnya. Fikirku, mahu sahaja dia menghantar SMS kepadaku lagi. Ingatkan dia dah tak ingat kat aku lagi. Hampir terkeluar kata-kata itu daripada mulut aku.

“It’s up to you if you given up, it’s up to you if it won’t stop,” kedengaran bait-bait lagu In My Life nyanyian kugiran The Rasmus memenuhi ruang-ruang kosong telinga yang seterusnya memproses sehingga ke otakku.

Betul. It’s up to you [you, me] if you given up. Betul. Semua terletak di tangan kau, di dalam genggaman tangan kau. Cuma aku tak pasti apakah balasan bagi ayat itu. It’s up to you if it won’t stop.

Sudah pasti aku menantikan khabar gembira darinya. Aku optimis dan berharap, semoga dia akan kirimkan aku dengan khabar gembira lagi.

No comments: