06 June 2005

Bruce Almighty

"Tuhan pun bercuti?" tanya Bruce (lakonan Jim Carrey) kepada Tuhan (lakonan Morgan Freeman), bila sahaja Tuhan mahu menyerahkan kepadanya dengan tugas besar untuk menjadi Tuhan. Tuhan telah memberikan alasan cuti sebagai alasan pemberian tugas yang maha berat itu.

"Ya. Dan aku pernah bercuti ketika Zaman Kegelapan beberapa abad sudah." jawab Tuhan dengan ringkas kepada Bruce.

Filem Bruce Almighty diharamkan tayangannya di Malaysia. Walaupun sempat ditayangkan untuk beberapa hari, namun ditarik balik kerana beberapa sebab yang telah dikemukakan oleh pihak berkuasa agama negara iaitu JAKIM.

Mula-mulanya, adalah kerana sebuah peraduan yang dianjurkan oleh sebuah stesen radio berbahasa Inggeris tempatan. Dalam peraduan tersebut satu soalan telah dikemukankan kepada pendengar. Soalan itu berbunyi, "Jika anda menjadi Tuhan, apa yang akan anda lakukan?" Gara-gara sebuah soalan itu, habis tidak dapat disiarkan sebuah filem pengajaran antara terbaik Hollywood pernah keluarkan.

Namun, keputusan kerajaan pasti bersebab. Dan sebab utama pasti JAKIM iaitu pihak berkuasa agama negara tidak mahu lihat iman yang telah sedia lemah terutamanya di kalangan penganut ajaran Islam, akan tergugat. Dan akhirnya boleh menyebabkan masyarakat Islam di Malaysia jatuh kafir.

Itu keputusan yang sudah dilaksanakan. Kita juga sebagai rakyat biasa yang tidak mampu berfikir jauh, perlu mendengar kata-kata 'Tuhan'. Jika ingkar pasti akan dihukum dengan neraka!

Walau bagaimanapun, aku bernasib baik. Semalam aku menontonnya lagi setelah beberapa kali menontonkannya. Dan aku mendapat dua pengajaran dari filem tersebut. Satu, dunia akan hancur jika manusia mahu jadi tuhan, bertindak dengan cara tuhan. Ini kerana manusia punya nafsu, punya perasaan, punya hati walaupun punya akal.

Dan yang kedua, setiap yang teratur di dunia ini sekarang adalah sebaik-baik tadbiran oleh Tuhan. Walaupun manusia mengalami ketidak adilan yang dikatakan Tuhan lakukan, seperti yang dialami oleh Bruce di awal filem tersebut. Bencana, celaka dan kemalangan datang silih berganti. Diberhentikan kerja, dipukul oleh samseng jalanan, kehilangan teman wanita yang amat dikasihi dan menghadapi kemalangan jalan raya. Namun setiap yang tuhan tadbir adalah sesempurna pekara. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Mungkin juga pengharamannya ada hikmah yang tersembunyi. Yang kita sendiri tidak ketahui. Jadi, jangan cepat melatah dengan tindakan JAKIM. Ia mungkin hantaran Tuhan kepada manusia, untuk menilai sama ada manusia itu beriman kepada hikmahnya.

Ternyata Tuhan bukan dari kalangan Nigar ataupun manusia berkulit putih. Tiada gambaran imej yang boleh digambarkan untuk menggambarkan Tuhan. Itu sudah pasti. Dan kehadiran Morgan Freeman sebagai Tuhan sudah pasti punya sesuatu yang belum kita lihat. Dan seterusnya Jim Carrey yang menggantikan Morgan Freeman ketika Tuhan sedang bercuti merupakan hukuman kepadanya yang mempersoalkan tentang bala dan bencana yang tuhan telah turunkan.

Maka cabaran pun bermula, seperti Firman Allah yang mencabar, pencipta-pencipta patung dan lukisan-lukisan menghidupkan karya mereka selagi mana mereka mengaku bahawa karya merekalah yang terbaik jika mahu dibandingkan dengan karya Maha Agung Allah Tuhan Semesta Alam.

No comments: